MESKIPUN sudah membawa masuk beberapa wajah baharu, Penang FC masih belum memperkuatkan barisan serangan yang tumpul sepanjang musim lalu.
Status Soony Saad yang tidak diketahui serta masalah ketumpulan Abdul Abdeen Temitope membuatkan kelab Utara tanah air berkenaan perlu memberi perhatian terhadap bahagian terbabit.
Namun, sehingga kini, skuad Harimau Kumbang seakan-akan masih belum mencari penyelesaian kerana masih tiada pemain di posisi itu menyertai kelab itu sehingga kini.
Bagaimanapun, baru-baru ini, pemerhati sukan, Fina Nasrom mendedahkan Penang FC dalam misi mendapatkan seorang penyerang import.
BACA LAGI: Azraai Khor dan 2 bekas 'coach' dikhabar antara pesaing PT Penang FC
Abdul Abdeen tidak membawa pulangan berbaloi buat skuad Harimau Kumbang. — Facebook/Penang FC
"Seorang penyerang dengan ketinggian 1.92 meter bakal perkuat Penang FC dengan mengisi slot import kedua musim ini.
"Difahamkan, penyerang kelahiran Brazil ini sudah tamat kontrak dengan sebuah pasukan dari Liga Premier Kuwait," tulisnya.
Berdasarkan klu diberikan Fina, ia membuktikan bahawa skuad Harimau Kumbang berminat membawa masuk penyerang yang mampu mengambil peluang dalam kesemua aspek, termasuk dari segi hantaran lintang.
Meskipun pemain dimaksudkan tidak didedahkan, tahap kompetetif Liga Premier Kuwait memberi bayangan bahawa dia mampu mempertingkatkan ketajaman jentera serangan.
Sekiranya berjaya dibawa masuk, pemain berkenaan merupakan import kedua pasukan selepas bek tengah merangkap kapten Penang FC, Rafael Vitor kekal bersama kelab itu. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram