Tidak kelihatan di padang latihan JDT, Syafiq Ahmad sibuk main bola dengan tonggak Kedah


  • Podium
  • Selasa, 27 Feb 2024

Syafiq difahamkan menjadi rebutan tiga kelab gergasi Utara tanah air untuk saingan musim 2024/2025.— Facebook/JDT

MEMASUKI minggu ketiga latihan pra musim Johor Darul Takzim (JDT), para pemain yang mewakili negara masing-masing bagi saingan Piala Asia Qatar termasuk bintang skuad Harimau Malaya sudah berada di Pusat Latihan JDT, Padang Seri Gelam, Johor Bahru, Johor.

11 tonggak Harimau Selatan yang mewakili Malaysia dan pemain seperti Jalil Elias bersama Syria serta bek tengah Indonesia, Jordi Amat juga sudah bersedia untuk memasuki musim baharu bersama juara 'double quadruple' berkenaan.

Walaupun begitu, masih terdapat beberapa pemain yang belum melapor diri dan ketiadaan kelibat mereka mengundang persoalan penyokong sama ada masih kekal ataupun dalam proses perpindahan ke pasukan lain.

Antara yang dicari-cari penyokong ialah penyerang tempatan, Syafiq Ahmad susulan masa depannya bersama Harimau Selatan masih menjadi tanda tanya dengan pelbagai khabar angin mengaitkannya dengan pasukan lain.

BACA LAGI: [VIDEO] Gol lipat Safee Sali di Larkin buka jalan JDT julang kejuaraan Asia

JDT ISI

Para pemain yang bertugas demi negara pada saingan Piala Asia 2023 Qatar. — Facebook/JDT

Sebelum ini, Majoriti melaporkan bahawa tiga kelab gergasi Utara tanah air iaitu Penang FC, Kedah Darul Aman (KDA) FC dan Perak FC difahamkan sedang berlumba-lumba mendapatkan khidmatnya bagi memperkuatkan jentera serangan masing-masing.

Perebutan mendapatkan Syafiq bagaimanapun masih belum mencapai kata putus dan pemain kelahiran Bayan Lepas, Pulau Pinang itu juga seakan-akan masih belum memutuskan destinasinya pada musim ini.

Malah, ketika penyokong sedang sibuk mencari wajahnya di padang latihan pra musim JDT, penyerang berusia 28 tahun berkenaan pula sedang sibuk beraksi perlawanan persahabatan bersama rakan-rakannya.

BACA LAGI: ‘JDT elok je main di Larkin’, penyokong Perak tak perlu melatah kena beraksi di Manjung

WhatsApp Image 2024-02-27 at 13.12.15 (1)

Tangkap layar gambar Syafiq meluangkan masa bersama rakan-rakannya.

Menerusi perkongsian hantaran di Insta Story pada Isnin, Syafiq berkongsi foto bermain bola sepak bersama rakan-rakannya termasuklah dengan seorang bekas rakan sepasukannya di KDA FC, Ariff Farhan Md Isa.

Sekiranya Syafiq tidak berada dalam senarai pemain yang dibawa ke kempen pra musim di Portugal dan Sepanyol bagi mempersiapkan pasukan menghadapi saingan musim 2024/2025, penyerang itu berpotensi untuk dipinjamkan ke pasukan lain.

Penghijrahan ke pasukan baharu juga satu keperluan buat Syafiq selepas dia dijangka lebih banyak memanaskan bangku simpanan kerana tempatnya akan dicabar oleh penyerang naturalisasi baharu, Romel Morales. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram