KEMENANGAN Penang FC terhadap Kelantan United FC 2-0 dalam perlawanan Liga Super pada Selasa di Stadium Bandaraya Pulau Pinang tiba-tiba menyerlahkan nama bintang Harimau Muda, Nik Akif.
Pemain berusia 23 tahun itu berjaya menjaringkan gol pada minit ke-48 sekali gus meletakkan Penang di hadapan sebelum Rafael Vitor menambah jaringan pada minit 58.
Melihat kepada kebolehan Nik Akif atau nama lengkap Nik Akif Syahiran Nik Mat itu, penyokong berasa yakin dengan potensi yang ada dalam diri pemain muda terbabit selain wajar diberi perhatian.
Nama Nik Akif sekali lagi disebut akan berhijrah ke Kedah buat kali kedua.
Pada masa sama, timbul khabar angin mengatakan Nik Akif akan ‘terbang’ ke Kedah Darul Aman (KDA) FC selepas musim ini tamat. Hal itu bukan pertama kali didengar kerana perkara sama turut berlaku sebelum ini sekitar 2019 dan 2020.
Perkara itu turut mendapat reaksi baik daripada penyokong yang rata-rata terbuka dan menerima sekiranya Nik Akif menyertai KDA.
“Elok juga kita bagi peluang la dekat orang muda. Dia pun nampak baik dan elok saja kalau nak join Kedah,” kata Yusof Mat Nor.
“Rumours Nik Akif ke Kedah,” kata Haris Ahmad.
Pemain tengah Penang itu juga disarankan untuk ke Kedah bagi menggantikan bintang muda, Fayadh Zulkifli.
Perkara tersebut lebih menjadi-jadi apabila kemasukan Fayadh dalam perlawanan menentang Kuala Lumpur City FC pada 18 April pada separuh masa kedua tidak memberi sebarang impak.
Penyokong terbuka menerima kehadiran Nik Akif untuk menyertai skuad Sang Kenari.
Hal itu tentu sahaja menambah bara di hati penyokong yang masih tidak berpuas hati dengan tindakan pemain berusia 24 tahun berkenaan yang membuat provokasi meraikan jaringan di hadapan penjaga gol Penang, Shafiq Afifi Suhaimi.
“Elok juga masuk Kedah. Aku tengok Fayadh pun rasa menyirap saja,” kata Malek Jidin.
“Bukan jauh pun nak masuk Kedah dari Penang. Tempat pun sama dengan Fayadh, okay saja tu,” kata Siti Hawa.
Untuk rekod, Penang yang mencatatkan tiga kemenangan berdasarkan sembilan perlawanan itu bakal bertemu dengan Kuching FC pada 27 April depan di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram