KLAUSA pelepasan, pilihan beli balik dan perjanjian jual beli adalah bahagian standard dalam kontrak bola sepak zaman moden.
Bagaimanapun, ada ketikanya beberapa syarat lain dari lain dimasukkan ke dalam kontrak kelab paling elit Liga Perdana.
Alex Oxlade-Chamberlain terkenal dengan klausa dalam perjanjian Arsenalnya yang menetapkan bahawa The Gunners perlu membayar bekas kelabnya Southampton sebanyak £10,000 (RM55,242) setiap kali dia bermain selama 20 minit atau lebih.
Sementara itu, Barcelona pula menambah klausa pelepasan iaitu pembayaran sebanyak £846 juta (RM4.6 bilion) menerusi kontrak Ansu Fati dan Pedri bagi menghalang mana-mana pembida yang berpotensi untuk dua wonderkid remaja itu.
Dan dari perspektif kewangan, perjanjian itu sangat bermakna berbanding permintaan ke kelab malam oleh Ronaldinho.
Dengan jendela perpindahan Januari akan ditutup pada Isnin, beberapa lagi permintaan ganjil boleh dibuat ketika kelab ingin meneruskan tawaran akhir.
Berikut merupakan 10 klausa kontrak paling aneh dalam arena bola sepak melibatkan pemain profesional.
Spencer Prior
Prior diberi syarat untuk makan buah zakar biri-biri. — Agensi
Bekas pemilik Cardiff City, Sam Hamman terkenal dengan klausa unik yang ditambah ke dalam kontrak pemainnya.
Ia tidak lebih daripada menandatangani Prior dari Manchester City dengan syarat dia makan buah zakar biri-biri iaitu makanan istimewa di tanah air Hamman iaitu Lubnan.
Dia berkata: “Ia mesti kontrak paling pelik dalam sejarah bola sepak. Tetapi saya akan mencuba apa sahaja sekali."
Prior memang makan hidangan itu dengan secubit garam, lemon dan sedikit pasli sebelum perbuatan itu kemudiannya diketahui bahawa dia sebenarnya memakan hidangan ayam.
Stefan Schwarz
Schwarz komited mahu mendaftar dalam salah satu penerbangan komersial pertama ke angkasa. — Agensi
Bekas pemain Arsenal itu komited mahu mendaftar dalam salah satu penerbangan komersial pertama ke angkasa lepas ketika dia menyertai Sunderland dari Valencia pada 1999.
Bagaimanapun, Black Cats kurang berminat dengan idea itu dan memasukkan klausa dalam kontrak Schwarz bahawa perjanjiannya akan terbatal sekiranya dia meninggalkan planet ini.
Ketua eksekutif Sunderland ketika itu, John Fickling, berkata: "Salah seorang penasihat Schwarz sememangnya, mendapat salah satu tempat dalam penerbangan komersial.
“Dan kami bimbang dia mungkin ingin membawa Stefan bersamanya. Jadi kami fikir lebih baik kami selesaikan semuanya sekarang sebelum perkara itu benar-benar berlaku."
Giuseppe Reina
Riena meletakkan klausa supaya kelabnya membina rumah buatnya pada setiap tahun. — Agensi
Pemain Jerman itu menyangka dia sudah beruntung apabila memberitahu Arminia Bielefeld untuk membina sebuah rumah pada setiap tahun sepanjang tempoh perjanjian sejak dia menandatanganinya pada 1996.
Kelab itu bersetuju dengan tuntutannya dan memenuhi permintaan Reina yang tidak pernah menyatakan saiz atau jenis harta yang dia mahukan setiap musim.
Bielefeld akhirnya membina rumah untuk penyerang baharu mereka daripada bongkah permainan Lego sepanjang tiga tahun kontraknya bersama kelab itu.
Ia bukan cara terbaik untuk memastikan dia gembira tetapi tindakan itu dianggap lucu.
Rolf-Christel Guie-Mien
Guie-Mien meminta Eintracht Frankfurt untuk mengatur kelas memasak buat isterinya. — Agensi
Ramai pemain bola sepak mencari kepentingan terbaik buat keluarga mereka apabila menandatangani perjanjian baharu dengan kelab tetapi Guie-Mien mengambil langkah di luar jangka.
Pemain antarabangsa Congo itu meminta Eintracht Frankfurt untuk mengatur kelas memasak buat isterinya sebagai sebahagian daripada perjanjian untuk menyertai mereka pada tahun 1999.
Pemain tengah itu menegaskan bahawa jika kemahiran masakan isterinya bertambah baik, ia akan membantunya menyesuaikan diri dengan bola sepak Jerman.
Dennis Bergkamp
Bergkamp mempunyai fobia menaiki kapal terbang. — Agensi
Legenda Arsenal itu mendapat jolokan 'Non-Flying Dutchman' semasa berada di utara London kerana klausanya yang menghalang dia untuk menaiki kapal terbang.
Bergkamp mula-mula secara terbuka mengakui ketakutannya untuk menaiki kapal terbang semasa kempen sulungnya di Gunners, dengan keputusan itu menyebabkan dia membayar £100,000 (RM552,425).
Ikon Ajax itu memilih untuk mengembara dengan kereta api atau mod pengangkutan lain yang mengakibatkannya terlepas banyak perlawanan Eropah.
Dia mendedahkan rasa takut itu dalam sebuah autobiografi, memberitahu bahawa pengalamannya menaiki pesawat kecil di Inter Milan adalah sebab utama di sebalik fobianya.
Luis Suarez
Suarez mempunyai tabiat aneh menggigit pemain lain. — Agensi
Tingkah laku aneh pemain Uruguay itu menyebabkan Barcelona menambah klausa 'larangan menggigit' apabila dia bersetuju untuk menandatangani penyerang itu dari Liverpool.
Suarez telah digantung ketika dia tiba di Nou Camp pada 2014 kerana menggigit Giorgio Chiellini semasa Piala Dunia musim panas itu.
Dia juga menggigit bintang PSV Eindhoven, Otman Bakkal dan pemain pertahanan Chelsea, Branislav Ivanovic semasa berada di Ajax dan Liverpool.
Bekas presiden Barca Josep Maria Bartomeu menafikan wujudnya klausa pada masa itu tetapi dia telah dituduh berbohong mengenai keadaan kewangan kelab oleh penggantinya Joan Laporta.
Mario Balotelli
Liverpool meletakkan klausa berkelakuan baik dalam kontrak Balotelli. — Agensi
Lelaki Itali yang pelik ini juga memerlukan penambahan klausa kontrak yang berkait tingkah laku buruknya dalam perjanjian yang melibatkan Suarez.
Balotelli menjadi lelaki yang diramal Liverpool untuk menggantikan penjaring terbanyak Liga Perdana pada 2014 selepas AC Milan memutuskan untuk melepaskannya.
Tetapi The Reds mempunyai kebimbangan tentang Super Mario berikutan cerita membaling dart ke arah orang ramai dan hampir membakar rumahnya dengan bunga api.
Oleh itu, Liverpool meletakkan klausa berkelakuan baik dalam kontraknya yang menyatakan bahawa dia perlu meninggalkan kelab itu jika dia bertindak melampaui batas.
Roberto Firmino
Kontrak Firmino mempunyai klausa pelepasan RM455.7 juta jika kelab yang berminat bukan Arsenal. — Agensi
Trifecta Liverpool berakhir dengan penyerang Brazil itu dalam perpindahan sekali lagi berkait dengan penyerang Atletico Madrid, Suarez.
Pemilik The Reds, John W Henry berasa marah dengan bidaan terkenal Arsenal £40 juta + £1 (RM220 juta + RM5.50) untuk memburu pemain berusia 34 tahun itu dari Anfield pada 2013.
Jutawan Amerika itu jelas masih bijak dalam percubaan dua tahun kemudian apabila Liverpool bersetuju untuk menandatangani Firmino dari Hoffenheim.
Kontrak pemain berusia 30 tahun itu dengan Merseysiders mempunyai klausa pelepasan £82.5 juta (RM455.7 juta) jika kelab yang berminat bukan Arsenal’.
Ronaldinho
Ronaldinho terkenal dengan dengan klausa kelab malam dalam kontraknya. — Agensi
Bekas pemenang Ballon d'Or itu tidak terkecuali dengan klausa kelab malam dalam kontraknya yang mana dia membolehkannya untuk terus berpesta.
Bagi menggalakkan Ronaldinho untuk tidak ke kelab malam dan fokus kepada bola sepak, ikon Brazil itu mempunyai agenda berbeza apabila dia meninggalkan AC Milan pada 2011.
Pemain berusia 41 tahun itu telah membuatkan Flamengo menetapkan kontrak bahawa dia dibenarkan berhibur sebanyak dua kali seminggu tanpa dikenakan sebarang denda atau tindakan undang-undang lain.
Neil Ruddock
Kontrak Ruddock memerlukan dia menjaga berat badan. — Agensi
Crystal Palace mengambil langkah terdesak untuk memastikan 'Razor' dalam bentuk badan ideal apabila dia tiba di Selhurst Park menjelang penghujung kariernya.
Bekas pengerusi Eagles, Simon Jordan menulis dalam autobiografinya: "Setelah mendekati West Ham, saya mendapati dia adalah pemain percuma, walaupun dia mempunyai gaji yang tinggi yang bukan satu-satunya perkara berat tentang dirinya.
“Harry Redknapp, pengurus West Ham pada masa itu memberitahu saya untuk meletakkan klausa berat badan.
“Jadi saya memutuskan untuk meletakkan penalti 10 peratus pada kontrak yang kami cadangkan untuk ditawarkan kepadanya jika dia melebihi berat yang disyorkan iaitu 99.8kg, yang sebenarnya masih sangat besar.” — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram