Apa sudah jadi kilang 'ubi muda'?


  • Podium
  • Selasa, 31 Mei 2022

Barisan skuad Piala Presiden Kedah bagi saingan perlawanan Piala Presiden 2022. — Facebook KDA FC

KEDAH Darul Aman (KDA) FC dikenali sebagai pasukan yang saban tahun berjaya melahirkan produk berkualiti ataupun 'ubi muda' untuk dibawa beraksi di pentas Liga Malaysia (Liga M) sebagai pelapis masa depan negara.

Setakat ini antara bakat-bakat Kedah yang telah berjaya dicungkil menjadi pemain bola sepak profesional ialah Akhyar Rashid, Muhammad Fayadh, Fadzrul Danel, Halim Shaari, dan Aiman Afif telah membuktikan kecemerlangan mereka.

Bagi Piala Presiden (pemain bawah 21 tahun) dan Piala Belia (pemain bawah 19 tahun) musim 2022, masing-masing pasukan termasuk kilang ubi muda iaitu KDA FC mempertaruhkan bakat baharu bagi mencari barisan pemain muda.

Namun pada musim ini perkataan 'kilang ubi muda' itu dilihat sudah tidak sesuai dengan KDA FC susulan prestasi yang ditunjukkan oleh kedua pasukan kelab itu kurang cemerlang pada saingan Piala Presiden dan Piala Belia.

Lihat sahaja pada perlawanan keenam iaitu antara KDA FC menentang Penang FC apabila Sang Kenari tewas 1-3 di Stadium Negeri Batu Kawan, Pulau Pinang dan kekalahan itu membuatkan rata-rata penyokong mempersoalkan status 'kilang ubi muda' Kedah.

ss ubi

Tangkap layar komen penyokong berhubung prestasi ubi muda Kedah bagi saingan Piala Presiden 2022.

"Mantap hasil kilang kita. Lain kali nak sound orang pastikan diri sendiri betul-betul mantap. Kalau tak jadi bahan orang saja," sindir pengguna Facebook, Hisyam Hussain.

"Paling teruk pasukan presiden tahun ini. Siapalah yang pilih pemain. Teruk sangat. Pemilihan pemain kena jujur. Jangan ada kroni. Kalaulah macam ini lingkup bola sepak Kedah diambang kehancuran. Pasukan pemilihan kena jujur. Jangan tangkap muat sahaja," ujar Mohd Adzha Parkrangers.

"Suka sangat buat lawak ketum. Suka hina team maju, suka heboh anak jati. Aku tegok carta kedudukkan budak-budak.. Teruk lagi kedah. Kalau pasukan padu, hebat, bolehlah sembang kemas, ini lembik tambah pengurusan parah, tahunya merendahkan orang sahaja," komen satu lagi pengguna, HeLang WinstOn Farm.

Dalam pada itu, kedudukan KDA FC bagi saingan Piala Presiden 2022 berada di kedudukan kelima bagi Kumpulan A sepanjang lima perlawanan.

Manakala, bagi saingan Piala Belia 2022 berada di kedudukan keempat bagi Kumpulan A setakat empat perlawanan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram