Mane tinggalkan Liverpool, berikut 6 calon dalam radar ke Anfield


  • Podium
  • Isnin, 30 Mei 2022

Perlawanan akhir Liga Juara-Juara 2022 Liverpool menentang Real Madrid. — AP

PENYERANG kelab gergasi Liga Perdana Inggeris Liverpool, Sadio Mane dilaporkan bakal meninggalkan The Reds pada musim panas ini.

Tempoh kontrak pemain dari Senegal itu berbaki satu musim sahaja lagi bersama Liverpool.

Sebelum ini terlalu banyak spekulasi mengenai masa depannya bersama The Reds dan terbaharu Mane mula dikaitkan dengan beberapa kelab seperti Bayern Munich.

Mane kemudian berkata, beliau akan membuat keputusan mengenai masa depannya selepas perlawanan akhir Liga Juara-Juara 2021-22 namun sehingga kini lelaki berusia 30 tahun itu belum memberi sebarang kenyataan.

Namun wartawan Itali terkenal, Fabrizio Romano, mendakwa Mane akan meninggalkan Liverpool pada musim panas 2022.

Malah, The Reds juga dikatakan akan mengumumkan pemergian Mane dari Anfield dalam masa terdekat.

Sejurus spekulasi itu tersebar, Liverpool dilaporkan mahu segera mencari pemain yang layak menggantikan penyerang berbisa itu.

Berikut adalah senarai pemain yang layak dibawa The Reds ke Anfield untuk menggantikan Mane di bahagian serangan pasukan itu.

1) Serge Gnabry

serge

Aksi Gnabry meraikan kejayaannya membolosi gawang Werder Bremen, Sabtu lalu. AP

Bercerita mengenai Bayern Munich, didakwa pasukan itu juga akan meninggalkan salah seorang pemain sayap mereka iaitu Serge Gnabry dan perkara itu boleh menjadi peluang untuk Liverpool mengambilnya.

Gnabry ialah pemain sayap kanan tetapi pemain berusia 26 tahun itu juga boleh bermain di posisi sayap kiri, penyerang kedua, penyerang tengah dan pemain tengah menyerang.

Dengan berbaki satu tahun lagi kontraknya bersama Bayern, Gnabry boleh direkrut dengan harga yang rendah dan itu membuktikan The Reds juga berpeluang untuk menukarkan pemain itu dengan Sadio Mane.

Gnabry juga agak konsisten dari segi menjaringkan gol memberikan bantuan hantaran. Daripada tiga dalam empat musim terakhir, pemain itu sentiasa menjaringkan berpuluh-puluh gol untuk Bayern.

Pada musim 2019-2020 sahaja, beliau berjaya menjaringkan 23 gol.

2) Amine Gouiri

Amine Gouiri menyerlah bersama Nice pada musim 2021-2022 yang mana beliau berjaya menjaringkan sekurang-kurangnya tujuh gol (tidak termasuk penalti) dan juga sehingga tujuh hantaran bantuan.

Secara keseluruhan, musim ini pemain itu mempunyai 12 gol dan 10 bantuan dalam 43 perlawanan bagi semua perlawanan.

Malah, Gouiri juga seorang pemain yang serba boleh kerana meskipun posisi utamanya ialah pemain namun dia boleh bermain di sayap kiri.

Dengan usia yang masih muda, 22 tahun, pemain Perancis itu boleh menjadi pelaburan jangka panjang untuk Liverpool.

Kontrak Gouiri bersama Nice dijangka tamat pada 2024.

3) Ousmane Dembele

ousmane

Ousmane Dembele dikelilingi pemain lawan dalam perlawanan Real Betis menentang Barcelona, ​​​​La Liga 2021/2022. AP

Pemain ini adalah pilihan tepat untuk Liverpool menggantikan Sadio Mane kerana Ousmane Dembele boleh diperoleh secara percuma dari Barcelona pada musim panas ini.

Dembele juga mempunyai kelajuan seperti Mane, pemain itu juga mampu menggelecek dengan baik dan sangat kreatif ketika perlawanan.

Pada awalnya, pemain berusia 25 tahun itu mengalami masa yang sukar di Barcelona tetapi Dembele telah menunjukkan nilainya semasa dibawah pimpinan Xavi.

Musim ini, beliau dia telah membuat 21 penampilan dalam La Liga dengan menjaringkan satu gol dan 13 hantaran bantuan.

Dua daripada bantuan itu dihasilkannya dalam perlawanan El Clasico menentang Real Madrid.

3) Martin Terrier

Martin Terrier merupakan pemain sayap kiri untuk kelab Perancis, Rennes tetapi beliau boleh bermain sebagai penyerang tengah dan pemain tengah menyerang.

Keupayaan utama Terrier adalah menjaringkan banyak gol dan perkara itu terbukti dengan mencetak 21 gol semasa bermain sebanyak 46 kali pada musim ini serta ditambah tujuh bantuan.

Beliau yang bermain di bahagian sayap menduduki tempat sebagai penjaring kedua terbanyak selepas Mohamed Salah dalam lima liga Eropah.

Dari segi menjaringkan gol di tiang penyerang tengah, Terrier hanya tewas kepada Kylian Mbappe di peringkat Ligue 1.

Kontrak pemain berusia 25 tahun itu bersama Rennes hanya akan tamat pada 2025.

4) Christopher Nkunku

nunku

Nkunku dan skuad RB Leipzig meraikan selepas menjaringkan gol menentang Atalanta, Liga Europa 2021/2022.

Christopher Nkunku ialah bintang RB Leipzig yang tampil dengan prestasi cemerlang terutamanya pada musim 2021-2022.

Pemain Perancis itu bermain dalam semua 51 perlawanan dan mencatatkan 20 bantuan serta 35 gol.

Beliau turut menyumbang tiga jaringan semasa menentang Manchester City di peringkat Liga Juara-Juara.

Maka, tidak hairanlah banyak kelab terliur dengan pemain berusia 24 tahun ini termasuk Liverpool terutamnya beliau boleh bermain di posisi penyerang tengah, pemain tengah menyerang, penyerang kedua, pemain tengah kiri atau kanan.

Ketika ini beliau masih dalam kontrak sehingga 2024 tetapi Leipzig dikatakan bersedia untuk melepaskan Nkunku dengan harga minimum 60 juta pound.

5) Karl Toko-Ekambi

Karl Toko-Ekambi agak berbeza dengan calon-calon sebelum ini kerana pemain Lyon itu menghampiri usia 30 tahun.

Ia jelas tidak boleh menjadi pelaburan jangka panjang tetapi Karl boleh menjadi pesaing yang cukup baik untuk Luis Diaz di bahagian sayap kiri.

Musim ini, pemain Cameroon itu telah membuat 40 penampilan untuk Lyon dalam semua pertandingan dengan menjaringkan 18 gol dan tujuh bantuan.

Prestasi pemain itu juga agak konsisten dari segi menjaringkan gol dan perkara itu dibuktikan melalui empat daripada lima musim terakhir, Karl berjaya menjaringkan gol dua angka.

6) Darwin Nunez

nunez

Nunez dan Ibrahima Konate semasa Liverpool lawan Benfica, Liga Juara-Juara 2021/2022. AP

Darwin Nunez tampil garang pada musim 2021-2022 bersama Benfica, mana tidaknya daripada 41 perlawanan, beliau berjaya menjaringkan 34 gol dan empat hantaran!

Liverpool juga pernah merasai gol dari Nunez iaitu ketika beliau menjaringkan dua gol menentang The Reds pada suku akhir terakhir.

Nunez juga seorang pemain yang fleksibel. Kedudukan utamanya ialah penyerang tengah tetapi dia boleh bermain sebagai pemain sayap kiri dan penyerang kedua.

Ketika bermain sebagai pemain sayap kiri, dia menjaringkan 10 gol dalam lima perlawanan sahaja.

Pemain berusia 22 tahun itu juga bertenaga dan rajin bekerja. Dengan baki tiga tahun dalam kontraknya serta banyak kelab mengejarnya, Liverpool perlu membayar harga yang tinggi jika mereka mahu menjadikannya sebagai pengganti Sadio Mane. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram