KELAB bola sepak Thailand, Chonburi FC mengumumkan yang kontrak pemain pertahanannya, Junior Eldstal telah tamat.
Namun, belum pasti ke mana destinasi Eldstal sama ada akan kembali ke Liga Malaysia atau sebaliknya.
Malah, Eldstal sebelum ini memberitahu yang dia tidak menolak kemungkinan akan kembali ke liga tempatan selepas beraksi di liga Thailand.
Difahamkan, beberapa kelab juga sudah memulakan langkah untuk memikat pemain berdarah kacukan Malaysia-Sweden itu.
Antara kelab yang dikatakan berminat ialah Johor Darul Takzim (JDT), Sarawak United, Kedah Darul Aman (KDA) FC, Terengganu FC dan Sabah FC.
Junior Eldstal (kanan) sewaktu beraksi bersama kelab Chonburi FC.
Namun, kebanyakan warganet menganggap JDT antara kelab yang akan menyambar Eldstal untuk kembali ke pangkuan mereka walaupun pemain itu sebelum ini menafikan akan bersama kelab itu.
Seorang warganet, Mazda Pride berkata, ramai kelab dalam liga tempatan yang yang mahu mengambilnya.
Abd Muradi Hafiz Muhammad pula optimis menyifatkan Eldstal adalah pemain yang sangat diperlukan dalam pasukan JDT II.
Selain itu, Tarmizi Solusi juga sudah dapat mengagak pasukan mana sesuai untuk Eldstal beraksi selepas ini iaitu di JDT.
Untuk rekod, Eldstal yang memulakan kariernya dalam saingan domestik bersama Sarawak pernah mewakili skuad utama JDT pada 2015 sehingga 2018 dan pada tahun tersebut beliau juga beraksi bersama JDT II selama satu musim.
Dia kemudian berkelana ke Liga Thailand menyertai pasukan Chonburi FC pada 2021 di mana beliau berjaya membuat 30 penampilan serta menjaringkan 2 gol di Liga Thailand. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram