Liga M tiada 'transfer fee' pemain, tapi ada pintu belakang?


  • Podium
  • Selasa, 31 Mei 2022

JDT sering menjadi mangsa oleh peminat bola sepak tanah air apabila melibatkan sebarang perpindahan kontroversi dalam Liga M.

DALAM dunia bola sepak profesional, perpindahan ialah tindakan yang diambil apabila pemain di bawah kontrak berpindah dari satu pasukan ke pasukan yang lain dengan melibatkan wang.

Apabila senario itu berlaku, kontrak lama akan ditamatkan manakala pemain dan kelab destinasi baharunya akan berunding dengan syarat kontrak baharu.

Dalam Liga Malaysia (Liga M), jarang sekali berlaku perpindahan yang melibatkan pemain-pemain tempatan yang mana mereka lebih cenderung untuk berpindah secara percuma pada musim berikutnya.

Disebabkan itu, isu-isu perpindahan kontroversi sering terjadi kerana pihak pengurusan tidak mempunyai bukti kontrak yang kukuh untuk menghalang pemain daripada berhijrah ke pasukan lain.

WhatsApp Image 2022-05-30 at 7.55.14 PM

Komen orang ramai di Facebook berkenaan isu mengambil pemain secara percuma di Liga M. — Facebook

Seorang peminat bola sepak Harry Maguire di dalam Facebook, mendakwa pasukan-pasukan Liga M tidak pernah terlibat dalam hal perpindahan jika melibatkan pemain tempatan dalam negara.

"Kalau anda perasan beberapa pasukan yang dianggap profesional dalam liga kita ini tak pernah mendedahkan 'transfer fee' bila seseorang pemain berhijrah. Apa puncanya?Sebenarnya tiada punca lain melainkan mereka sendiri suruh pemain yang mereka mahu untuk tebus kontrak dengan pasukan lama.

"Hal ini berlaku kerana kontrak pemain dengan pengurusan lama yang tidak kuat dan juga sikap pengurusan yang inginkan pemain tersebut melalui jalan pintas," tulisnya dalam Facebook.

Kenyataan beliau disokong oleh orang ramai kerana terbukti Liga M banyak terlibat dengan isu 'curi pemain' walaupun individu tersebut sedang atau dalam fasa perbincangan kontrak mereka.

"Pengurusan yang lemah dalam aspek kontrak jadi punca pasukan lain manipulasi, apa JDT buat itu nak kata salah tak salah nak kata betul pun tak betul, tapi dia 'take advantage' atas kelemahan kontrak seseorang player," kata Shaziq Salleh.

"Pengurusan kelab dalam Malaysia ini masih ditahap amatur, kontrak tinggal setahun nak letak satu juta, mana mahunya dibeli, setiap pemain tiada ejen itu yang memudahkan kelab kaya pancing player dengan harga 'free'," jelas Hilmi Raziffuddin.

"Licik menggunakan 'pintu belakang' kerana kelemahan dan kerapuhan pengurusan kontrak oleh pasukan terdahulu, nampaknya kebanyakan pasukan perlu mengupah atau mendapatkan nasihat undang-undang untuk memperbaiki kelemahan yang ada," ujar Hakimi Nadzri.

Akhyar JDT

Pasukan Kedah pernah mendakwa JDT mengambil pemain mereka, Akhyar Rashid menggunakan pintu belakang.

Terdahulu, pernah jadi kes kontroversi perpindahan yang melibatkan pasukan Johor Darul Takzim (JDT) apabila didakwa menggunakan 'pintu belakang' untuk mengambil pemain-pemain berkualiti daripada pasukan lawan secara percuma. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram