5 penyerang dijangka ganti Syafiq Ahmad


  • Podium
  • Jumaat, 20 Mei 2022

Syafiq Ahmad (kanan) bakal kembali menyertai pasukan JDT selepas rehat antarabangsa berakhir. — KDA FC

TIDAK sampai semusim dipinjamkan ke Kedah Darul Aman (KDA) FC, Johor Darul Takzim (JDT) memanggil semula penyerangnya, Syafiq Ahmad untuk kembali menyertai pasukan Harimau Selatan.

Menerusi kenyataan di media sosial milik JDT pada Jumaat, penyerang kebangsaan itu akan kembali ke kelab asalnya sejurus tempoh rehat antarabangsa berakhir bulan depan.

Namun, JDT tidak memaklumkan sebab Syafiq dipanggil semula memandangkan kedua-dua kelab itu sebelum ini bersetuju untuk meminjamkan pemain itu selama semusim.

Berikut merupakan lima cadangan penyerang yang mungkin boleh menggantikan Syafiq Ahmad untuk memperkuatkan jentera serangan KDA FC:

1) Nurshamil Abd Ghani

Screenshot 2022-05-20 200537

Nurshamil sumbang 9 gol daripada 18 perlawanan pada 2021. — Harian Metro

Penyerang yang berasal dari Melaka ini pernah bermain untuk pasukan Melaka United sebelum berhijrah ke Kelantan FC musim ini.

Pada 2014, beliau telah menjaringkan sebanyak empat gol semasa mewakili Harimau Muda di saingan Liga Singapura.

Nurshamil merupakan penjaring terbanyak di Liga FAM Malaysia musim 2015.

Pada 2019, pemain ini telah beraksi dalam 12 perlawanan dan menyumbang sebanyak lima gol.

Pada 2021, beliau telah menyumbang sebanyak 9 gol daripada 18 perlawanan, selain mencetak lima gol bersama Kelantan FC musim ini.

2) Darren Lok

Darren Lok (left) in action against Selangor during their Super League game at the Petaling Jaya Stadium. - Photo by Petaling Jaya City

Pada 2021 dan 2022, Darren berjaya menyumbang sebanyak 13 gol daripada 24 perlawanan. — Petaling Jaya City

Pemain berusia 31 tahun ini merupakan penyerang utama Petaling Jaya City.

Dari tahun 2012 hingga 2016, beliau berjaya meledakkan 33 gol daripada 171 perlawanan ketika menyertai kelab Eastbourne Borough di England.

Pada tahun 2018 dan 2019 ketika menyertai JDT, Darren Lok menyumbang sebanyak 10 gol daripada 30 perlawanan pada Liga Super.

Pada 2021 dan 2022 pula, beliau berjaya menyumbang sebanyak 13 gol daripada 24 perlawanan.

3) Muhammad Shahrel Fikri Md. Fauzi

Screenshot 2022-05-20 201218

Shahrel Fikri pernah mewakili PKNP pada 2016 hingga 2018 dengan menyumbangkan 42 gol daripada 69 perlawanan.

Shahrel Fikri yang berusia 28 tahun kini bermain sebagai penyerang untuk Selangor FC. Beliau berkemampuan untuk bermain sebagai pemain sayap kiri.

Pada 2016 hingga 2018, beliau mewakili Perbadanan Kerajaan Negeri Perak (PKNP) dengan menyumbangkan 42 gol daripada 69 perlawanan.

Pada 2018, Shahrel Fikri dipinjamkan ke kelab Thailand, Nakhon Ratchasima dan menyumbangkan 2 gol daripada 12 perlawanan.

Pada 2019 hingga 2020, beliau mewakili Perak FC dan menyumbangkan 14 gol daripada 43 perlawanan.

Pada 2021, beliau mewakili Selangor FC dan hanya meledak satu gol daripada 12 perlawanan. Mungkin, penghijrahan ke KDA FC dapat mengembalikan semula ketajaman sentuhan penyudahnya.

4. Kogileswaran Raj a/l Mohana Raj

Screenshot 2022-05-20 201606

Pada 2020 dan 2021, Kogileswaran berjaya menjaringkan 2 gol daripada 19 perlawanan.

Kogileswaran yang berusia 24 tahun merupakan penyerang bagi Petaling Jaya City.

Pada tahun 2016 hingga 2019, beliau berjaya meledak 2 gol daripada 41 perlawanan mewakili Sri Pahang FC dalam Liga Super.

Ketika bermain untuk Petaling Jaya City pada tahun 2020 dan 2021, beliau berjaya menjaringkan 2 gol daripada 19 perlawanan.

5. Muhammad Faisal Abdul Halim

KUALA NERUS, 22 April -- Pemain pasukan Terengganu FC (TFC) Mohd Faisal Abdul Halim meraikan kejayaan selepas menjaringkan gol pertama semasa menentang pasukan Selangor FC pada saingan Liga Super Malaysia 2022 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak malam ini.Kedudukan semasa menyaksikan TFC mendahului Selangor dengan jaringan 2-0.-- fotoBERNAMA (2022) HAK CIPTA TERPELIHARA

Faisal Halim menjaringkan 6 gol daripada 9 perlawanan pada 2015 ketika bermain untuk Pulau Pinang FC. — Bernama

Antara penyerang terbaik tempatan yang merupakan calon sesuai bagi menggantikan Syafiq di Stadium Darul Aman. Faisal Halim yang berusia 24 tahun ini merupakan penyerang mewakili Terengganu FC dan skuad kebangsaan.

Pada 2015, beliau bermain untuk Pulau Pinang FC dan menjaringkan 6 gol daripada sembilan perlawanan.

Pada 2016 hingga 2020, beliau bermain untuk Sri Pahang FC serta menjaringkan 12 gol daripada 82 perlawanan.

Pada 2021, beliau menyumbang sebanyak 10 gol daripada 30 perlawanan mewakili Terengganu FC. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram