Hatrik Pak Ngah sia-sia, rupanya punca dikenal pasti


  • Podium
  • Rabu, 11 Mei 2022

Ronald Ngah gagal membantu Kedah mencatat kemenangan walaupun meledak hatrik apabila seri 3-3 dengan PJ City. — Facebook

JARINGAN hatrik Ronald Ngah Wanja gagal membantu Kedah Darul Aman FC (KDA FC) mengutip mata penuh di Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MBPJ) apabila sekadar seri 3-3 dengan tuan rumah, Petaling Jaya City (PJ City).

Keputusan seri itu melonjakkan PJ City ke tangga ketujuh carta Liga Super dengan berkongsi tempat bersama Selangor FC, masing-masing lapan mata.

Skuad Hijau Kuning pula terus keciciran dua mata dan hanya sekadar berpuas hati di kedudukan kedua selepas Negeri Sembilan FC dengan 13 mata setakat ini.

Rata-rata penyokong Kedah melahirkan kekecewaan terhadap keputusan itu kerana merasakan pertahanan skuad Lang Merah 'barai' hingga membolehkan pasukan lawan meledak dua gol penyamaan pada minit-minit terakhir sekali gus mensia-siakan hatrik Ronald Ngah.

netz kdh pj result

"Kelemahan sebenar Kedah...mudah puas hati apabila mendahului satu atau dua gol. Dah malas nak serang, asyik bertahan...sekarang ni ambil laa habuan," tulis seorang penyokong, Mohd Nasir Othman di Facebook Kedah Darul Aman FC.

Seorang lagi penyokong, Ruzaiwan Hassan di Facebook Hijau Kuning Supporter pula berpendapat persembahan yang ditunjukkan Ronald Ngah memuaskan namun tidak memperoleh sokongan padu daripada bahagian pertahanan.

"Dia ni okay kalau ada support yang baik...ni pertahanan dah la 'barai', (bahagian) tengah harap Dechi Marcel ja dok 'pulun'.

"Yang lain harap RB (bek kanan) dengan LB (bek kiri), buat overlap pun takda memang out teruklah...yang aku hairan tak kanlah pengurusan tak nampak semua benda ni semasa petang-petang berlatih," soalnya.

"Member (Ronald Ngah) buh lima bijik (gol) pun kalau pertahanan tengah 'ceroi' bagi seri kalah. Ngah juga yang dipersalahkan. Mampoih dia," kata Azami Nazhan.

WhatsApp Image 2022-05-11 at 12.17.04 AM (1)

Zulhelmy Md Ilias pula meninggalkan komen, "Hangit malam ni...kawan 'pulun' boh gol, member-member lepas gol."

Sementara itu, seorang penyokong, Mohd Hafiz Ayob merasakan skuad Kedah terkena Maguire Syndrome (merujuk pemain Manchester United, Harry Maguire yang disifatkan pertahanan paling gagal dalam sejarah dunia bola sepak ekoran aksi hambar ketika saingan bertemu Atalanta dalam saingan Liga Juara-Juara UEFA, pada tahun lalu).

"Payah nak menang walaupun penyerang padu. Maguire banyak sangat. Kasihan kawan tu. Buat hatrik akhirnya tak menang," kata Amirul Choding.

WhatsApp Image 2022-05-11 at 12.17.04 AM

Bagi Mohd Azis, pemain tempatan baharu Kedah kurang memuaskan dan berharap dapat diganti dengan pemain yang lebih baik menerusi jendela perpindahan kedua kelak.

"Harap window transfer nanti ada pemain yang lebih baik. Kalau macam ni takut kena lauk dengan JDT jaa," katanya.

WhatsApp Image 2022-05-11 at 5.19.06 AM (2)

Ryan Iskandar, dia berpendapat pemain yang kurang bertenaga tidak perlu dibawa masuk bermain dalam pasukan.

"(Pemain tengah) Fayadh Zulkifli masuk dok joging jaaa... pemain lembik jangan bawa masuk laa dalam team, 'beretuh' (terlanggar) sikit 'teghebah' (jatuh)," katanya di Facebook Kedah Darul Aman FC.

Syahidan Ahmad pula merasakan pemain tengah, Amer Azahar tidak membantu pasukan Kedah.

"Amer Azahar tu apa function??? Tak nampak lagi ka, bawa masuk dia lawan Melaka pun 'hauk' time tu Kedah leading, ni pun skrip sama...," katanya kecewa.

WhatsApp Image 2022-05-11 at 5.19.06 AM (1)

Dalam pada itu, Muhammad Mustaqim mencadangkan agar pertahanan skuad Lang Merah dirombak dengan menilai semula barisan pemain tengah.

"Defend ni kena rombak, midfield pun sikit hari lagi nak kena tengok balik. Bola tak sampai kat Pak Ngah (Ronald Ngah). Nasib kawan tu boleh hatrik, kalau tak semua dok kata Pak Ngah dengan Syafiq Ahmad bermasalah," katanya.

Mohamad Faiz pula merasakan ketua jurulatih Kedah, Aidil Sharin Sahak yang patut bertanggungjawab dan ditukar dengan pengganti baharu.

"Dah-dah laa Aidil, 17 bolos untuk lapan game tu, cari coach lain pula laa. Ambil orang kita pun takpa kalau takat nak bolos berbelas gol ni," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram