TAMAN Tugu di Kuala Lumpur telah menganjurkan sebuah acara perkongsian ilmu yang bertujuan menyatukan masyarakat melalui kisah dan pengalaman sebenar.
Sesi People Library bagi tahun 2026 menyediakan suasana semula jadi dan inklusif untuk para peserta berinteraksi dengan penceramah.
Bertajuk “Real Stories, Real Impact”, siri pertama bagi tahun ini menampilkan penceramah untuk berkongsi secara terbuka tentang perjalanan, cabaran serta impak hasil usaha mereka.
BACA LAGI: Pemasaran digital naikkan status graduan, kebolehpasaran bukan sekadar konten media sosial
BACA LAGI: Tekun menganyam di usia emas, Zainab setia pertahan seni tradisi mengkuang

Ling berkongsi cerita memanusiakan orang di sebalik kerja kami.
Antara penceramah yang terlibat ialah pengasas bersama PichaEats, Suzanne Ling, serta Yap Sue Yii, ketua pegawai eksekutif (CEO) dan pengasas bersama Komuniti Tukang Jahit, sebuah perusahaan sosial yang melatih wanita menjahit hadiah korporat dan cenderamata pelancongan berkualiti mengikut kesesuaian jadual keluarga mereka.
Pada masa sama membimbing mereka menghasilkan produk asli.
Hadirin turut mendengar perkongsian daripada CEO Teman Malaysia, Nurul Ezzati Mohamed Nasir, yang menyediakan perkhidmatan penjagaan warga emas.
Teach For Malaysia itu juga bertujuan memperkasa potensi kanak-kanak melalui pendidikan berkualiti di mana ia diwakili oleh CEO, Chan Soon Seng, bersama wakil Shawn Stanly Anthony Dass dan Joanna Destiny Francis.
Setiap penceramah berkongsi pandangan mengenai bidang masing-masing, dengan memberi tumpuan kepada bagaimana impak sosial dibentuk oleh faktor manusia, tujuan dan ketekunan.
Menerusi kisah-kisah pemerkasaan dan keterangkuman, perbincangan tersebut memperlihatkan bagaimana akses kepada peluang dan penjagaan telah meningkatkan taraf kehidupan komuniti, yang kurang mendapat perkhidmatan.
Pengarah projek Taman Tugu, Fizulin Mohamed Zin, berkata People Library diinspirasikan daripada konsep Human Library di Denmark, di mana penceramah berperanan sebagai “buku hidup” dan berkongsi kisah mereka.
Menurutnya, People Library yang dianjurkan sejak 2019 bertujuan menggalakkan perubahan, empati, refleksi dan kefahaman dalam kalangan masyarakat.
“Kami mahu mengetengahkan kisah individu yang pernah berdepan kesukaran dan halangan dalam kehidupan kerana pengalaman sebegini mudah difahami dan dekat di hati,” katanya.
Fizulin menyifatkan lokasi People Library sebagai unik kerana tidak banyak sesi perkongsian dianjurkan di luar bangunan.
“Jarang kita melihat sesi perbincangan diadakan di taman, dan kami mahu melaksanakan idea baharu untuk menghidupkan taman ini.
“Taman Tugu bukan sekadar tempat yang mempromosikan kesihatan atau alam sekitar, malah merupakan ruang untuk pembelajaran,” ujarnya.
Aktiviti-aktiviti di Taman Tugu berasaskan tiga teras utama taman tersebut iaitu alam sekitar, kesejahteraan dan kesihatan, serta komuniti.
“Kami juga telah menganjurkan pelbagai aktiviti lain yang menonjolkan ketiga-tiga teras ini seperti Program Pendidikan Alam Semula Jadi, sesi yoga, aktiviti Hari Kanak-kanak dan bengkel penulisan jurnal alam semula jadi,” jelasnya.
Yap berkata mereka turut berkembang seiring dengan anak-anak tukang jahit mereka.
Sementara itu, Ling menegaskan bahawa PichaEats ditubuhkan bagi memastikan pelarian mempunyai sumber pendapatan yang mampan.
“Namun, kami telah menjadi lebih daripada sekadar penyedia pekerjaan kerana kami juga berperanan sebagai sistem sokongan kepada mereka.
“Saya percaya perkongsian kisah-kisah ini penting kerana ia memanusiakan individu di sebalik kerja yang kami lakukan.
“Apa yang tidak kelihatan di sebalik tabir ialah kami juga berkembang bersama anak-anak kepada tukang jahit.
“Melihat ibu mereka bekerja telah memberi inspirasi kepada mereka dan ada dalam kalangan mereka yang turut mempelajari kemahiran menjahit,” katanya. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram
