Nak 'naik belon' tahun ini? Apa kata hadam garis panduan penggunaan 'power bank'


  • Nomad
  • Selasa, 27 Jan 2026

Sebaiknya bawa power bank yang mempunyai pensijilan 3C bagi mengelakkan sebarang masalah.

LIMA syarikat penerbangan di bawah Kumpulan Hanjin Korea Selatan akan menguatkuasakan larangan penggunaan power bank di dalam pesawat bermula 26 Januari 2026.

Jadi, jika anda bakal menaiki Korean Air, Asiana Airlines, Jin Air, Air Busan atau Air Seoul dalam masa terdekat, perkara ini perlu diberi perhatian.

Bagaimanapun, perlu diingatakan larangan ini tidaklah terlalu sukar untuk dipatuhi kerana syarikat penerbangan tempatan kita sendiri telah menguatkuasakannya sejak April lalu.

BACA LAGI: Pemasaran digital naikkan status graduan, kebolehpasaran bukan sekadar konten media sosial

BACA LAGI: Tekun menganyam di usia emas, Zainab setia pertahan seni tradisi mengkuang 

 

Lebih banyak syarikat penerbangan semakin memperketatkan penggunaan power bank di dalam pesawat.

 

Sebagai peringatan, apabila menaiki Malaysia Airlines, Firefly, Air Borneo, AirAsia atau Batik Air, pastikan power bank hanya dibawa sebagai bagasi kabin dan tidak dimasukkan ke dalam bagasi daftar masuk.

Power bank mesti dibawa bersama anda sepanjang masa dan tidak dibenarkan diletakkan di dalam ruang simpanan atas. 

Selain itu, penggunaannya atau pengecasan semasa penerbangan juga tidak dibenarkan. Secara umum, seorang penumpang dibenarkan membawa satu power bank dengan kapasiti sehingga 100Wh (kira-kira 27,000mAh).

Peraturan yang sama turut terpakai bagi syarikat penerbangan lain seperti Singapore Airlines dan Scoot (Singapura), Thai Airways (Thailand), Qatar Airways (Qatar), Etihad Airways dan Emirates (Emiriah Arab Bersatu), Qantas (Australia) serta Cathay Pacific dari Hong Kong.

Jika anda terbang ke China, sentiasa semak kemas kini terkini yang ditetapkan Pentadbiran Penerbangan Awam China (CAAC). 

Sekatan yang sama turut dikenakan oleh syarikat penerbangan China seperti China Southern, China Eastern, Air China atau Shandong Airlines, namun terdapat satu perkara tambahan yang perlu diberi perhatian.

Apabila melalui mana-mana lapangan terbang di China, power bank anda mestilah mempunyai pensijilan 3C, iaitu membawa tanda Pensijilan Wajib China (China Compulsory Certification, CCC).

Tanda ini biasanya boleh ditemui di bahagian belakang atau bawah power bank tersebut.

Walaupun sekatan ini dikatakan hanya terpakai untuk penerbangan domestik, terdapat ramai penumpang antarabangsa yang melaporkan (di media sosial) bahawa power bank mereka dirampas. 

Oleh itu, sebaiknya bawa power bank yang mempunyai pensijilan 3C bagi mengelakkan sebarang masalah.

Ini termasuk pastikan kapasiti power bank (dalam mAh atau Wh) serta butiran model tertera dengan jelas. Jika tidak, power bank tersebut akan dilupuskan.— The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram