'Kerja di stesen inilah, saya dapat sara keluarga', bapa abadi kenangan jadi penumpang akhir KTMB Southern Express


  • Bonda
  • Rabu, 07 Jan 2026

Perkhidmatan itu telah memainkan peranan penting dalam memudahkan pergerakan orang ramai.

SEJAK 2016, lebih 2.6 juta penumpang telah menaiki tren Ekspres Selatan dari Gemas ke Johor Bahru, dan kini perkhidmatan telah ditamatkan selepas melakukan perjalanan terakhirnya pada hujung tahun lalu, sekali gus meninggalkan nostalgia indah buat penumpang setia.

Halim Said, 62, antara penumpang yang bertekad menjadi penumpang terakhir bagi mengucapkan selamat tinggal terhadap perkhidmatan itu atas sebab sentimental.

Dia sudah bekerja hampir empat dekad di Stesen Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) Gemas, bermula sebagai kerani tiket, kemudian sebagai pemeriksa kualiti rel sebelum bersara pada 2023.

BACA LAGI: Ukay Hills estet lereng bukit kontemporari, penuhi permintaan dan keperluan gaya hidup moden

BACA LAGI: Cari tempat 'countdown' Tahun Baharu 2026? Ini senarai lokasi 'hotspot' sekitar Lembah Klang

Halim Said sharing his experience with the press (right). Looking on is his wife Noor Aini Senawi (left)

Halim dan Noor Aini menunggu dengan sabar di JB Sentral untuk menaiki tren Southern Express buat kali terakhir.

 

Pada 31 Disember lalu, dia dan isterinya, Noor Aini Senawi, 52, menaiki tren pagi dari Gemas ke Stesen Kereta Api JB Sentral, dan menunggu dengan sabar untuk menaiki tren terakhir pulang ke tempat mereka bermula.

“Saya membuat keputusan untuk menaiki tren ini supaya dapat menyaksikan detik ini kerana ia sangat bermakna bagi saya.

“Melalui pekerjaan saya di stesen inilah, saya dapat menyara keluarga dan membiayai pendidikan lima orang anak saya. Ia adalah satu detik yang sangat istimewa, jadi saya tidak kisah menunggu.

“Saya mahu menjadi orang terakhir yang meninggalkan tren ini, jadi saya bercadang untuk menunggu sehingga semua penumpang turun,” katanya kepada pemberita di stesen Johor Bahru.

Pengendali kilang, P. Shalini, yang bekerja di Singapura, berkata Ekspres Selatan adalah mudah dan menawarkan perjalanan yang lancar setiap kali pulang ke kampung halamannya di Kluang.

“Saya baru mula menggunakan tren ini sejak bekerja di Singapura kira-kira enam bulan lalu, Ia benar-benar memudahkan rutin saya. 

“Saya hanya perlu menaiki Tebrau Shuttle dari Singapura ke sini, sebelum menyambung perjalanan dengan tren ini untuk pulang ke rumah,” jelasnya.

Shalini berkata, dia merancang untuk menggunakan Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) selepas ini memandangkan perkhidmatan itu akan menawarkan lebih banyak perjalanan tidak lama lagi, sekali gus memberikannya lebih banyak pilihan.

Pegawai eksekutif jualan. Benenett Sai, 31, iaitu seorang lagi penumpang dari Singapura yang dalam perjalanan ke Kulai, turut berpeluang menaiki tren itu sebelum perkhidmatannya ditamatkan.

“Saya jarang menggunakan perkhidmatan ini tetapi kebetulan saya ada urusan di Kulai dan memutuskan untuk menaiki keretapi.

“Saya mungkin hanya menaikinya sekitar tiga kali, namun saya gembira kerana dapat menaikinya sekali lagi sebelum ia menjadi sebahagian daripada sejarah,” luahnya.

Dalam satu kenyataan minggu lalu, KTMB mengumumkan penamatan perkhidmatan tren Ekspres Selatan Gemas–JB Sentral–Gemas yang telah beroperasi selama sembilan tahun, berkuat kuasa 1 Januari 2026.

Ketua pegawai operasi KTMB, Afzar Zakariya berkata, perkhidmatan itu telah memainkan peranan penting dalam memudahkan pergerakan orang ramai.

Perkhidmatan itu menerima sambutan yang menggalakkan sepanjang tempoh operasinya, dengan purata antara 800 hingga 1,000 penumpang sehari, bagi enam perkhidmatan harian yang merangkumi tiga perjalanan pergi dan tiga perjalanan balik. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram