Kebangkitan semula catat sejarah Asia, Lambretta semarakkan litar Sepang, satukan komuniti 2 roda


  • Hobi
  • Selasa, 13 Jan 2026

Perhimpunan ini melambangkan gabungan sempurna antara legasi perlumbaan kami dan visi masa depan.

SATU kerjasama bersejarah bersama Litar Antarabangsa Sepang (SIC) PETRONAS apabila berlaku kebangkitan penunggang dua roda tanpa rantai, Lambretta Malaysia yang secara rasmi telah mencatat rekod baharu Asean dan Asia melalui acara tunggangan santai di litar tersebut.

Seramai 818 terlibat, aktiviti berkenaan menjadi sebuah pergerakan skuter terbesar yang pernah diadakan di litar berprestij tersebut.

Keadaan yang cukup meriah dan menghangatkan suasana, hari trek bersejarah itu menjadi perhimpunan mega yang menyatukan ratusan Lambrettista.

Bahkan meraikan semangat komuniti, warisan dan kelajuan di pentas sukan permotoran global yang ikonik.

BACA LAGI: Tandas tersumbat, kepala paip rosak, anda telefon tukang atau betulkan sendiri?

BACA LAGI: Musang King cecah RM325 sebiji di China, penanam durian manfaat peluang keemasan

 

Acara fun ride Lambretta di diketuai oleh Pemilik Jenama Lambretta, Walter Scheffrahn (jentera nombor perlumbaan 35).

 

Acara ini melibatkan kehadiran yang mengagumkan daripada komuniti Lambretta seluruh negeri dengan menampilkan gabungan hebat Lambretta jentera klasik yang dijaga dengan penuh kasih sayang bersama model kontemporari terkini.

Kehadiran kukuh peminat veteran dan penunggang generasi baharu turut melambangkan minat dan kecintaan berterusan terhadap jenama dari Itali itu.

Pelancaran bersejarah tersebut turut mengukuhkan kedudukan Bike Continent Sdn Bhd sebagai pengedar Lambretta terbaik pada tahun 2025, serta komitmen tidak berbelah bahagi dalam mengembangkan keluarga Lambretta di seluruh Malaysia dan Asean.

 

Seramai 818 jentera berjaya mencatat sejarah besar dalam dunia Lambrette di litar  SIC.

 

Pengurus Besar Bike Continent Sdn Bhd, Sterz Yap,  berkata hari tersebut merupakan sebuah impian bagi pemilik-pemilik Lambretta untuk menjejakkan motosikal mereka di litar ikonik negara.

“Hari ini adalah impian yang menjadi kenyataan bagi setiap Lambrettista di Malaysia.

"Daripada penyerahan eksklusif Casa X300 hinggalah pencapaian rekod fun ride di litar Sepang yang ikonik, kami bukan sekadar melancarkan sebuah skuter.

“Kami sedang menyemarakkan sebuah gerakan. Tenaga daripada komuniti kami sungguh luar biasa!” kata ketika di litar tersebut.

 

Kehangatan penunggang Lambretta di atas litar menjadi detik indah dan nostalgia buat pemilik jentera.

 

Turut hadir di lokasi, pemilik jenama Lambretta, Walter Scheffrahn, memaklumkan acara tersebut merupakan sebuah visi dan legasi masa depan yang akan diteruskan.

“Casa Lambretta X300 dan perhimpunan ini melambangkan gabungan sempurna antara legasi perlumbaan kami dan visi masa depan.

“Menyaksikan tahap keterujaan seperti ini di Asia, terutamanya dengan acara komuniti yang mencatat rekod di Sepang, ia mengukuhkan lagi Lambretta untuk kekal sebagai ikon gaya, kebebasan dan semangat di seluruh dunia,” jelasnya.

Walter bersama model terbaharu Lambretta x300 yang hanya terhad kepada 999 unit seluruh dunia.

 

Sementara itu, kemuncak acara warisan dan prestasi skuter dari Itali, mengambil peluang untuk memperkenalkan X300 Edisi Terhad eksklusif di Malaysia.

Dengan pengeluaran model Casa Lambretta itu dihadkan kepada hanya 999 unit di seluruh dunia, menjadikan ia adalah sebuah bentuk karya koleksi dalam dunia skuter.

Model tersebut bukan sahaja moden, bahkan dibangunkan dengan kerjasama pasukan legenda Casa Lambretta Racing Team untuk menzahirkan semangat autentik “Racing Spirit of Lambretta” melalui plat perlumbaan ‘47’.

Diikuti elemen aero gentian karbon, kemasan dua tona premium, serta enjin Lambretta Super Performance (LSP) 275cc yang terbukti, menawarkan kuasa moden dengan gaya klasik yang abadi.

Maka, kepada pemilik-pemilik Lambretta di luar sana, munculkan semula model motosikal anda yang disimpan di rumah atau bilik penyimpanan dan bangkitkan semula semangat permotoran anda di jalan raya dengan penuh bergaya.— Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram