KINI sudah banyak lokasi rumah inap atau tempat untuk anda bermalam di Malaysia, setiap kali anda mencari kawasan percutian terutamanya jika ia berkonsep alam semula jadi.
Begitu juga dengan tempat yang dikatakan hidden gem yang mungkin segelintir daripada kita tidak tahu pun kewujudannya.
Mungkin kerana ia baharu atau ingin mengekalkan konsep ketenangan dalam kapasiti pengunjung yang rendah.
BACA LAGI: Ada masalah susah tidur? Senaman taici boleh jadi hobi baharu atasi insomnia
BACA LAGI:Rakyat Malaysia wajar contohi wanita ini amal '10R', jadikan kemampanan satu gaya hidup
Mungkin rakyat di Sabah sudah tahu namun mungkin sesetengah masyarakat di Semenanjung tidak tahu terdapat lokasi tersembunyi di sebalik hutan di daerah tenom.

Kolam semula jadi yang mengalir dari sungai berdekatan.
Di tengah-tengah kehijauan Tenom, Naluyan Jungle Lodge membawa pengunjungnya kembali kepada kesederhanaan, kepada bunyi alam yang menenangkan dan kepada suasana yang membuat jiwa terasa ringan.
Ia adalah sebuah penginapan berkonsepkan chalet kayu yang berdiri tenang di antara rimbunan pokok, dengan balkoni yang menghadap ke hutan hujan tropika.
Udara sejuk yang berhembus membawa aroma tanah basah dan dedaun, sementara burung-burung berkicau seolah menyambut setiap tetamu yang tiba.
Kolam semula jadi yang mengalir dari sungai berdekatan menyempurnakan lagi lokasi tersebut dengan air yang jernih dan sejuk.

Keadaan dan suasana di pagi hari.
Jika ingin meneroka lebih jauh,aktivit jungle walk turut disediakan bagi mereka yang ingin menyusuri laluan hutan asli, penuh dengan keindahan flora dan fauna yang mungkin sukar ditemui di tempat lain.
Jangan lepaskan detik bersarapan di Naluyan Falls Cafe & Bar pada waktu pagi dengan tenang bersama aroma kopi segar yang akan memenuhi udara pagi anda.
Pada waktu malam pula, cahaya lampu hangat menerangi ruang rehat luar, dan bunyi alam mengambil alih semua bunyi dari dunia luar. Di sini, tiada tekanan, tiada tergesa-gesa, hanya kedamaian yang meresap hingga ke tulang.
Naluyan Jungle Lodge bukan sekadar penginapan, tetapi ia sebuah pengalaman untuk tetamu berhenti sejenak, melepaskan segala beban, dan merasai kembali kesederhanaan yang kadang terlupa.
Maka, bagi sesiapa yang mencari ketenangan, meninggalkan kesibukan dunia sebentar, atau sekadar ingin merasai detik-detik damai di tengah hutan Sabah, Naluyan Jungle Lodge adalah tempat yang patut anda pertimbangkan.—Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti diTwitter,Facebook,Instagram,WhatsApp ChanneldanTelegram
