Tarian 'teh' untuk warga emas kekal aktif dan ceria, naikkan semangat jiwa golongan berusia


  • Hobi
  • Khamis, 11 Dis 2025

Tarian menimbulkan menimbulkan sebuah emosi yang harmoni.

 

MENJELANG usia tua, pasti ramai yang inginkan meluangkan aktiviti masing-masing sambil mengamalkan gaya hidup sihat.

Maklumlah, golongan seperti ini mudah mendapat penyakit jika kesihatan tidak dijaga dengan betul.

Ada yang suka bersendirian atau melakukan aktiviti dalam rumah seperti memasak, ada juga yang memilih kegiatan di luar rumah untuk berinteraksi dengan orang ramai.

BACA LAGI: Ada masalah susah tidur? Senaman taici boleh jadi hobi baharu atasi insomnia

BACA LAGI: Rakyat Malaysia wajar contohi wanita ini amal '10R', jadikan kemampanan satu gaya hidup

 

 

Tarian merupakan satu aktiviti meriah yang menjadi penawar kepada proses menua di Britain.

 

 

Jika anda masih mencari-cari apakah perkara yang ingin dilakukan menjelang usia tua, apa kata terokai aktiviti unik yang diamalkan oleh penduduk warga emas di bandar Liverpool, dikenali sebagai tarian 'teh'.

Ia merupakan satu aktiviti meriah yang menjadi penawar kepada proses menua di Britain.

Davina Woods, 71, sering mengajak orang melihat tarian tersebut yang merujuk kepada sistem kesihatan negara yang semakin uzur serta kesedaran dalam kalangan warga emas bahawa apabila usia meningkat.

“Mereka akan lebih kerap berurusan dengan perkhidmatan tersebut (sistem kesihatan),” katanya.

Bekas guru besar itu berkata, dia gemar menghadiri sesi itu kerana dapat berhias dan memakai kasut tumit tinggi dan tindakan tersebut benar-benar menaikkan semangatnya.

Bagi sesetengah orang, menari memberi peluang untuk melupakan ketegangan politik yang melanda negara ketika Britain berdepan pelbagai isu.

Ini termasuk pertumbuhan ekonomi yang lemah dan rasa tidak puas hati terhadap dasar imigresen negara susulan kebanjiran warga asing ke Britain.

Jurutera, David Easton, 65, mengajak orang ramai untuk tinggalkan politik di luar.

“Tarian ini menyatukan orang ramai. Ia membawa kegembiraan kepada kami,” ujarnya.

Tarian teh yang berkembang daripada tradisi minum teh petang pada akhir abad ke-19, kini telah dilihat sebagai era kebangkitan semula.

Fenomena tersebut turut mencerminkan trend terhadap tarian tradisional lain seperti ballroom, dengan rancangan TV popular BBC, Strictly Come Dancing, sering disebut sebagai faktor utama.

Baru-baru ini, seramai 115 penari membayar 12 pound sterling (RM65.90) untuk menari waltz, tango dan cha-cha-cha di bawah chandelier dalam dewan bandar yang menakjubkan dari abad ke-18 itu. Hidangan bukan saja berunsurkan teh, bahkan kek juga turut disediakan.

Penganjur sesi tarian, Jackie Williams, 53, yang turut menubuhkan syarikat Ballroom Blitz pada 2017, berkata, penglibatan masyarakat setempat dalam aktiviti itu semakin meluas.

“Ia sangat rancak dan semakin berkembang, ramai orang telah menyertai. Sejak pandemik COVID-19, orang sedar bagaimana menari dapat membantu memulihkan semangat mereka dan betapa mereka perlunya sentuhan fizikal,” ujarnya.

Format baharu tarian teh turut muncul dalam beberapa tahun kebelakangan ini, termasuk sesi khas untuk mereka yang hidup dengan penyakit demensia.

Selain itu, rata-rata peserta melihat tarian sebagai aspek sosial sama penting dengan senaman.

“Ia adalah kemuncak hidup saya yang sukakan bersosial. Jika tidak, orang mungkin sekadar duduk di rumah berseorangan menonton televisyen,” kata pesara ahli psikoterapi, Mo Massie, 75.

Bekas jururawat Greta Jones, 65, turut bersetuju apabila dia sudah mula menari 15 tahun lalu ketika tinggal bersendirian.

“Saya dapat menyertai sekumpulan rakan yang hebat sepanjang tahun. Tarian teh memang cara yang baik untuk melawan kesunyian,” jelasnya.

Sementara itu, bekas pensyarah Mike Robinson, 57, yang tinggal di Manchester, berkata tarian boleh menimbulkan emosi yang harmoni.

“Menari membuat saya tersenyum, ia baik untuk kesihatan mental,” ujarnya.

Maka, sudahkah anda merancang apa yang ingin dilakukan menjelang hari tua? Pertimbangkan tarian ini sebagai salah satu daripada aktiviti anda untuk kekal sihat dan ceria. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti diTwitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram