Masih teguh selepas sedekad, Galeri Ilham hidupkan legasi dunia seni buat generasi baharu


  • Nomad
  • Rabu, 10 Dis 2025

Dalam tempoh 10 tahun, Galeri Ilham telah menganjurkan 38 pameran di dua ruang galerinya.

GALERI Ilham dibuka di Kuala Lumpur pada Ogos 2015 dengan pameran sulung bertajuk Picturing The Nation, yang mempamerkan karya daripada koleksi peribadi pelopor seni Malaysia, Datuk Hoessein Enas.

Kewujudan ruang tersebut meletakkan galeri itu sebagai satu penanda aras penting dalam dunia seni tempatan.

Sedekad berlalu, galeri tersebut telah menyaksikan perkembangan pesat landskap seni tempatan, dengan pameran yang semakin dinamik, pengunjung generasi muda, serta pengaruh media sosial yang mengubah cara masyarakat mengalami seni.

BACA LAGI: Semarak buluh aktiviti ekonomi jangka panjang demi masa depan suku Temiar di Perak

BACA LAGI: Cadangan pusing-pusing satu Klang naik kereta mini

 

Pameran 'The Plantation Plot' di Galeri Ilham, mempamerkan 28 artis dan kolektif, menarik 41,000 pengunjung awal tahun ini.

Pengarah Galeri Ilham, Rahel Joseph berkata, seni kini bukan sekadar seni semata-mata sebuah visual, ia menjadi sebahagian daripada budaya, gaya hidup dan wacana sosial yang lebih luas.

Dalam tempoh 10 tahun, Galeri Ilham telah menganjurkan 38 pameran di dua ruang galerinya dan berjaya menarik minat kumpulan pengunjung baharu.

“Apabila kami mula dibuka pada tahun 2015, keutamaan utama kami adalah membina demografi pengunjung, dan kami melakukannya melalui program pendidikan dan secara umum,” katanya.

Malahan mengimbas kembali, pameran pertama Galeri Ilham menerima kira-kira 4,600 pengunjung dalam tempoh lima bulan.

“Saya gembira untuk berkongsi bahawa pameran terakhir kami, The Plantation Plot (April hingga September 2025), telah menerima lebih 41,000 pengunjung dalam tempoh yang sama.

“Seronok melihat peningkatan jumlah pengunjung kami, dan lebih menggembirakan apabila majoriti mereka adalah golongan muda. Kumpulan demografik terbesar kami berusia 25 tahun ke bawah,” ujarnya.

Format pameran seni kontemporari di Lembah Klang kini menemui ruang yang berani mengambil risiko dan menolak sempadan.

Bahkan, menyesuaikan diri dengan arus amalan seni kontemporari serta kepekaan generasi baharu yang celik terhadap dialog global, budaya digital dan idea-idea kritikal.

Ini menjadikan pameran bukan sekadar tontonan, tetapi pengalaman yang bermakna.

Visi kurator Galeri Ilham, sama ada dikendalikan oleh pasukan dalaman atau kurator jemputan, ia  diilhamkan daripada amalan seni kontemporari serantau dan antarabangsa.

Perkara tersebut membina rangkaian seniman, institusi dan idea yang bukan sahaja untuk membentuk pamerannya, tetapi juga mewujudkan dialog dan pengalaman baharu bagi khalayak yang terlibat.

“Pada tahun-tahun awal, program kami lebih tertumpu kepada pameran seni bersejarah Malaysia.

“Namun kini, pendekatan kami lebih bersifat serantau dan antarabangsa, sama ada melalui kerjasama dengan institusi di rantau ini seperti National Gallery Singapore, Singapore Art Museum, MAIIAM Contemporary Art Museum, KADIST, dan In-tangible Institute di Chiang Mai, Thailand.

“Atau pun melalui projek pameran bersama kurator dan artis dari rantau ini,” jelas Joseph.

Bulan hadapan, Galeri Ilham akan mempersembahkan karya artis Korea Selatan, Eunhee Lee, berjudul Colorless, Odorless.

Ia adalah iaitu pemasangan video saluran tunggal yang dihasilkan dengan sokongan Geran Produksi Seni Video Han Nefkens Foundation–Loop Barcelona 2023, melalui kolaborasi bersama Galeri Ilham, Fundació Joan Miró, Inside-Out Art Museum Beijing, MoCA Taipei, Centre d'Art Contemporain Genève, dan Art Hub Copenhagen.

Membina generasi baharu

Pameran Ilham Art Show sulung pada Mei 2022, yang diadakan ketika negara perlahan-lahan bangkit dari pandemik, menerima sambutan luar biasa dengan lebih 45,000 pengunjung.

Berteraskan seni tempatan, pameran terbuka itu bukan sahaja menarik jumlah pengunjung, tetapi juga menegaskan peranan Galeri Ilham dalam memupuk dan menonjolkan bakat seni baharu Malaysia.

Sejak itu, pameran-pameran lain di Galeri Ilham mencatat jumlah pengunjung yang tinggi. Antaranya pameran bertemakan budaya popular, Boom Boom Bang: Play & Parody in 1990s KL pada Oktober 2024.

Pameran kedua Ilham Art Show, yang dilancarkan bulan lepas dijangka mencatat rekod kehadiran baharu.

“Salah satu keutamaan program kami adalah menyokong artis kontemporari di Malaysia serta menggalakkan penghasilan karya seni yang lebih konseptual dan eksperimental.

“Selari dengan penganjuran edisi kedua Ilham Art Show sempena ulang tahun ke-10 kami.

“Ilham Art Show adalah satu-satunya platform pameran terbuka kami dan diadakan setiap tiga tahun. Proses permohonan sengaja direka sefleksibel mungkin agar semua artis berpeluang menyertainya,” ujarnya.

Ilham Art Show, yang agak luar biasa bagi inisiatif institusi, telah mendapat perhatian membolehkan sebuah jalinan berlaku bersama artis muda.

Bukan sekadar menyediakan ruang untuk mempamerkan karya mereka, tetapi juga menyokong amalan seni mereka dengan memberikan dana untuk menghasilkan karya baharu yang lebih eksperimental,” kata Joseph.

“Bagi kami di Ilham, proses ini sangat mengujakan. Sangat menggembirakan dapat menemui artis muda seperti Emran Beams Shaqif, atau melihat artis seperti Kimberly Boudville. Identitinya memperlihatkan karya pemasangan yang sangat menyentuh hati yang dihasilkannya untuk pameran ini,” tambahnya.

 

Trak galeri bergerak 'Skola Gambar Ilham' melawat Pusat Kraf Orang Asli di Kampung Sungai Bumbun, Pulau Carey, Selangor.

Di luar ruang galeri, inisiatif Skola Gambar Ilham, yang dilancarkan pada Julai, membawa seni ke seluruh negara melalui kontena penghantaran bersuhu terkawal sepanjang 12 meter.

Selepas jelajah Lembah Klang, pengembaraan “trak galeri seni” akan bergerak ke luar Kuala Lumpur dalam tempoh dua tahun, menjangkau penonton kawasan lain di Malaysia termasuk  di Sabah, Sarawak.

Pameran khas dalam trak galeri bergerak itu bertajuk Ceritalah, menampilkan karya daripada 12 artis Malaysia.

Pameran bergerak ini disertai dengan bahan pendidikan dan teks bagi memberikan konteks serta merangsang perbincangan.

Terutamanya dalam kalangan pelajar, manakala setiap hentian turut menampilkan bengkel dan program awam yang disesuaikan dengan komuniti setempat.

“Projek galeri bergerak ini memajukan misi kami untuk menjadikan seni Malaysia boleh diakses oleh semua, kerana kami melihat pendidikan seni sebagai alat penting untuk memupuk pemikiran kreatif dan kritikal dalam kalangan generasi muda.

“Muzium dan galeri sering terhad kepada mereka yang tinggal di Kuala Lumpur. Kami berhasrat untuk merapatkan jurang itu dengan membawa pengalaman galeri kepada komuniti yang mungkin tidak mempunyai peluang sebegini,” ujar Joseph.— The Star/DARYL GOH

Boleh follow media sosial Majoriti diTwitterFacebookInstagramWhatsApp Channel dan Telegram