SESUATU yang menyeronokkan jika perkara yang seram atau menakutkan menjadi salah satu acara hiburan. Halloween merupakan satu acara keraian yang diadakan setiap tahun dan semakin hampir tarikh sambutannya iaitu pada 31 Oktober.
Jika anda mahukan sebuah hiburan yang unik berkonsepkan seram, apa kata halakan perjalanan anda ke puncak Genting Highlands, Pahang untuk menerokai suasana seram dan makhluk ghaib sempena acara The Haunted Highlands.
Berlangsung bermula 31 Oktober hingga 9 November, Resorts World Genting mengadakan sambutan Halloween paling menyeramkan dan anda boleh menyertai pesta istimewa di lokasi dingin itu secara percuma!
BACA LAGI: Taman Botani Tun Fuad Stephens tampil nama dan wajah baharu, bakal jadi tarikan seisi keluarga

Salah satu hidangan Halloween yang boleh anda cuba ialah Sup Labu Sarang Labah-labah.
Hanya cari pintu masuk di SkyAvenue Gateway, Zouk Atrium, Park Avenue Lounge, dan Arena of Stars.
Menambahkan lagi suasana seram dengan lukisan wajah bertema Halloween, jangan lepaskan peluang untuk abadikan kenangan menakutkan anda di gerai foto bertema.
Saksikan juga perarakan Dead Man March-ing serta persembahan khas bertemakan Halloween yang berlangsung pada malam Khamis hingga Sabtu.
Ia menampilkan watak-watak seram yang berkeliaran di Gohtong Way, termasuk skeleton Bonediddy, si pengusik flamboyan (karakter hantu hiburan).
Pastinya selepas mengharungi rasa takut, anda perlu mengisi semula tenaga dengan menikmati pelbagai juadah menarik di karnival makanan bertemakan holloween, antaranya Haunted Vampire Beef Burger, Graveyard Sausage dari Golden Gate Garage, Haunted Night Cocktail, dan Spider Web Pumpkin Soup yang dibuka setiap hari dari 5 petang hingga 11 malam.
Tak sah rasanya jika tidak masuk ke rumah hantu? Uji keberanian anda di The Haunted House! Yang dibuka dari 5 petang hingga 11 malam dengan tiket berharga RM28 seorang.
Anda juga boleh mencuba pengalaman mesin tunggangan yang menghiburkan seperti Bigweld’s Zeppelins, Independence Day: Defiance, dan ESD Global Defender.
Maka, apa tunggu lagi? Rancang perjalanan anda dan hadirkan diri ke puncak ini untuk berhibur sambil menikmati suasana sejuk di sana.— TheStar
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram
