Rakyat Kelantan, Pantai Timur kini boleh 'terbang terus' ke Singapura naiki penerbangan tambang murah


  • Nomad
  • Isnin, 27 Okt 2025

Satu acara sambutan ketibaan kapal terbang milik Scoot diadakan di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra.

SEBUT saja dunia penerbangan Malaysia, pasti ramai akan ingat Air Asia dan Malaysia Airline.

Makumlah, dua syarikat itu merupakan kemudahan yang ikonik negara yang menyediakan penerbangan hampir ke sulurh dunia termasuk negeri-negeri yang ada di tanah air.

Industri tersebut kini telah menerima satu lagi kemunculan syarikat baharu dalam pasaran penerbangan Malaysia yang menawarkan penerbangan tambah rendah iaitu Scoot, anak syarikat kepada Singapore Airline.

Bermula 26 Oktober 2025, Kota Bharu menjadi destinasi terbaru Scoot yang kini beroperasi ke 12 destinasi di seluruh Malaysia termasuk Ipoh, Kota Kinabalu, Kuala Lumpur, Kuching, Kuantan, Pulau Langkawi, Melaka, Miri, Pulau Pinang, Sibu dan Subang.

BACA LAGI: 'Balik kampung pun boleh berlari', fenomena parkrun makin popular di Malaysia

BACA LAGI: Beg tangan inspirasi batu karang, obor-obor hasil kreativiti pelajar Politeknik Besut ungguli Carlo Rino Upcycle Bag Challenge 2025

 

Penumpang yang tiba di Kota Bharu disambut meriah dengan persembahan budaya tradisional bagi meraikan penerbangan sulung baru-baru ini.

Kapala terbang berkenaan akan menjalankan operasi penerbangan mereka sebanyak dua kali seminggu antara Kota Bharu dan Singapura dengan pesawat Embraer E190-E2. Jadi bolehlah anda cuba bertukar angin dan rasa sendiri bagaimana menaiki pesawat ini.

Direka untuk keselesaan tambahan, pesawat berkapasiti 112 tempat duduk ini menampilkan susunan lajur tempat duduk 2-2 dalam satu kelas penerbangan, enjin yang lebih senyap dan tingkap kabin yang lebih luas.

Bagi meraikan detik penting ini, Tourism Malaysia bersama-sama pihak berkuasa tempatan lapangan terbang telah menganjurkan sebuah acara sambutan ketibaan di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra.

Penumpang yang tiba di Kota Bharu disambut meriah dengan persembahan budaya tradisional bagi meraikan penerbangan sulung ini.

Ketua Pegawai Komersial Scoot,  Calvin Chan turut melahirkan rasa teruja dengan pelancaran penerbangan ke Kota Bharu, sekali gus mengukuhkan kehadiran Scoot di  awan Malaysia dan meningkatkan keterhubungan rantau.

Bagi warga tempatan dan penduduk di Pantai Timur Malaysia, laluan penerbangan baru ini akan membuka lebih kemudahan untuk terbang ke Singapura dan rangkaian luas Kumpulan SIA yang lain.

“Kami akan terus bekerjasama dengan rakan kongsi perdagangan dan pelancongan untuk meningkatkan jumlah penerbangan masuk ke Malaysia,” katanya.

Tambang tiket satu hala Kelas Ekonomi dari Kota Bharu ke Singapura termasuk cukai bermula pada RM125, jadi apa kata tempah sekarang dan alami sendiri pengalaman perkhidmatan daripada syarikat penerbangan yang baharu saja bertapak di Malaysia ini.—  Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram