TERDAPAT banyak petanda yang menunjukkan seseorang itu pencinta kucing. Biasa dengarkan kucing boleh menyerap perasaan gudah gelana atau gusar seseorang itu?
Jadi, secara ringkasnya memiliki haiwan peliharaan ini memberikan jalinan hubungan yang istimewa seperti meletakkan bunyi notifikasi telefon kepada bunyi kucing.
Namun, petunjuk paling jelas ialah bulu haiwan comel itu sentiasa ada di mana-mana.
BACA LAGI: 'Balik kampung pun boleh berlari', fenomena parkrun makin popular di Malaysia

Selamatkan pakaian anda daripada bulu kucing melekat di baju.
Ia seolah-olah mempunyai kuasa menyelinap masuk ke setiap celah rumah dan pakaian anda.
Untuk mengatasinya, anda mungkin boleh menyimpan pakaian terbaik anda dalam almari, lengkap dengan sarung pelindung supaya ia tidak terjejas.
Bahkan mengunci pintu bilik untuk menghalang sbearang habuk atau bulu dari kucing tersebut.
Tetapi sebaik sahaja anda membuka pintu dan mengambil kunci, di situ muncul 'teman sejati' kita dengan mata besar penuh rayuan untuk dipeluk sambil mencium-cium kepalanya tanda kasih terhadap makhluk tersebut.
Namun apabila anda menoleh ke ke almari semula fabrik di dalam almari dipenuhi bulu mereka. Malah ada di lengan, hujung baju ada juga di rambut.
Bagi setengah pencinta kucing yang membela puluhan kucing pastinya tidak terlepas daripada ingin menunjukkan kasihnya terhadap setiap belaannya.
Apa yang anda boleh lakukan untuk menyelamatkan pakaian anda daripada bulu mereka, rancang “pelarian”.
Sediakan sebuah kontena atau bakul khas di dalam bilik khas untuk menyalin baju. Kemudian, jangan sesekali ruangan tersebut terbuka untuk dimasuki oleh si comel.
Anda juga boleh gunakan pelekat atau tisu basah untuk menyingkirkan bulu tersebut tetapi perlu diingatkan ada juga bulu yang susah dibersihkan.
Secara umumnya, haiwan comel tersebut tidak sesuai dengan iklim di Malaysia dan ia perlu diga dengan rapi.
Mereka perlukan ruang luas, penghawa dingin, dan penjagaan bulu yang berterusan.
Pentingnya untuk ia disikat kalau boleh setiap hari kalau tidak bulunya akan kusut dan bergumpal malah akan lebih berterabur.
Gunakan kipas berdiri dan tingkap terbuka bagi rumah yang tidak mempunyai penghawa dingin, nampak gumpalan bulu di udara, terbangkannya menggunakan alat tersebut.
Satu lagi petua untuk menanggalkan bulu, gunakan saja berus penghapus bulu (lint remover), sejenis berus dengan permukaan baldu. Hanya gosok pada pakaian anda, dan semua bulu serta habuk halus akan tertanggal.— TheStar
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram
