Gusti jari bukan sekadar sukan, eksklusif buat kaum Adam


  • Hobi
  • Rabu, 22 Okt 2025

Sukan ini menggabungkan kekuatan jari, teknik, dan daya tahan terhadap kesakitan yang tinggi.

SELALUNYA kita dengar gusti badan dan gusti tangan. Namun, terdapat sebuah lagi permainan yang membuatkan lelaki saling menarik antara satu sama lain di atas meja dan bergusti sehingga jari mereka berdarah.

Inilah sukan Alpine yang mempunya sukan dikenali sebagai “Fingerhakeln” dalam bahasa Jerman atau nama lainnya gusti jari yang dikhaskan untuk kaum lelaki sahaja.

Melibatkan dua orang peserta yang dipadankan mengikut umur dan berat badan, duduk berhadapan di atas meja, mereka akan mencangkukkan jari tengah ke dalam gelung kulit.

BACA LAGI: Misi gaya hidup sihat meriah, cahaya LED warnai kayuhan lebih 6,000 penunggang basikal wakili 23 negara di Lebuhraya LEKAS

BACA LAGI: Tasik Titiwangsa tawar aktiviti air sambil nikmati suasana latar langit Kuala Lumpur

 

 

FILED - Participants compete for the Bavarian finger wrestling championship. During the competition, opponents sit opposite each other on stools at a table and try to pull their opponent towards them by their finger. Behind each wrestler sits a catcher. Who can manage to pull the other over to them? Photo: Sven Hoppe/dpa

Suasana ketika kejohanan.

Kemudian, apabila pengadil memberi isyarat mula, mereka akan menarik gelung tersebut dengan jari masing-masing untuk cuba menarik lawan melintasi garisan yang ditanda di atas meja.

Sukan ini menggabungkan kekuatan jari, teknik, dan daya tahan terhadap kesakitan yang tinggi.

Di belakang setiap peserta terdapat seorang penangkap, bagi mengelakkan mereka terjatuh ketika bertarung menentukan siapa yang berjaya menarik lawannya melintasi meja.

Sukan tradisional yang berasal dari kawasan Alpine di Eropah, kini diperkembangkan lagi permainannya di Bavaria Atas serta Austria.

Pada musim panas ini, bertempat di gelanggang ais Mittenwald, penggusti jari berentap untuk merebut gelaran dalam kejohanan ke-70.

Ujian Ketahanan Sakit

Sukan ini boleh menyebabkan kecederaan yang serius termasuk patah jari, terseliuh, terkehel dan koyakan tendon akibat tekanan luar biasa pada sendi jari serta tisu sekitarnya.

Namun suasananya tidak jauh berbeza daripada mana-mana festival musim panas di Jerman, ia dilengkapi dengan makan dan minuman serta muzik pancaragam dimainkan.

Pada masa sama, hampir semua penonton mahupun peserta akan mengenakan pakaian tradisional Bavaria untuk meraikannya.

Bagi lelaki, pakaian itu terdiri daripada lederhosen (seluar pendek kulit) yang dihiasi sulaman, kemeja, serta stokin diperbuat daripada bulu atau kapas.

Pemenang terdahulu mempunyai nama-nama besar seperti Foos Franz, Fischer Korbinian, Sturm Gerhard atau Sturm Andreas.

Nama keluarga disebut terlebih dahulu, sebagaimana tradisi biasa di kawasan luar bandar Bavaria Atas.

Sebelum pertandingan bermula, lawan masing-masing berundur ke sudut tenang dewan untuk membuat persediaan.

Kemudian, mengangkat pemberat menggunakan satu jari dan menggosok tangan mereka dengan serbuk magnesium, supaya tidak berpeluh atau licin ketika pertandingan berlangsung.

Sementara itu, peserta yang telah menamatkan saingan sedang mendapatkan rawatan untuk jari yang berdarah.

Kejohanan terbahagi kepada sembilan kelas yang berbeza. Mereka bertanding dalam kategori lightweight, middleweight dan heavyweight, serta dibahagikan mengikut kumpulan umur tertentu.

 

 

Di belakang setiap peserta terdapat seorang penangkap, bagi mengelakkan mereka terjatuh ketika bertarung.

 

Dinasti Gusti Jari

Kawasan ini juga menjadi tempat lahirnya beberapa “dinasti gusti jari” yang sebenar. Kini, keluarga Sturm dari Issing, di daerah Landsberg am Lech, berjaya muncul dua juara Bavaria baharu.

Dalam kelas ringan (sehingga 70 kilogram), Andreas Sturm, 34 tahun, muncul juara. Dalam kelas veteran (lebih 60 tahun), ayahnya Gerhard, 61 tahun, turut menjuarai kategorinya.

Kedua-duanya mendapat sorakan penuh semangat daripada anak termasuk cucu mereka, Hannes yang baru berusia tiga tahun yang juga sudah mula berlatih gusti jari.

Walaupun tahu sukan ini sukar, dia tetap memberi sokongan sepenuhnya kepada ayah dan datuknya. Mereka berlatih setiap hari semasa musim pertandingan.

Sementara orang lain mungkin berehat di tasik tempatan atau ke pusat mandian panas, mereka tidak berbuat demikian. Ini kerana mereka mahu kulit keras pada jarinya terbentuk dengan sempurna, tidak menjadi lembut atau tanggal.

Berbeza dengan negara jiran Austria, gusti jari di Bavaria masih kekal sebagai sukan khusus untuk lelaki, wanita tidak dibenarkan bertanding.

Bagaimanapun, mereka boleh menyertai kelab seperti Monika Wagner,43, yang menjawat jawatan setiausaha kepada persatuan negeri.

Dirndl ialah pakaian tradisional wanita iaitu sejenis gaun dengan skirt labuh dan kembang, pinggang ketat, serta bodis (baju banda) yang menonjolkan gaya petani Alpine klasik.

Masih di Pinggiran

Faktor wanita tidak dibenarkan menyertai sukan berkenaan adalah atas dasar dan faktor sejarah.

“Dalam perlembagaan persatuan serantau Bavaria, telah dinyatakan bahawa, mengikut tradisi hanya lelaki dibenarkan mengambil bahagian.

“Ia lebih kepada bidang lelaki dan saya rasa lelaki lebih cenderung untuk bersaing antara satu sama lain, sedangkan wanita kurang begitu,” kata Thomas Post, pengerusi pertama persatuan serantau dan juga penganjur kejohanan.

Namun, menurut Linda, 29, yang menemani teman lelakinya ke kejohanan itu, pandangannya berbeza. Dia begitu teruja dengan gusti jari dan berkata bahawa dia menemui satu budaya yang sangat berbeza.

Baginya penetap bahawa lelaki sahaja yang boleh menyertai gusti jari adalah tidak adil dan bersifat diskriminasi.

“Saya bermain bola sepak, kalau lutut atau kaki saya cedera, itu salah saya sendiri. Tiada siapa pun yang berkata apa-apa tentang itu,” ujarnya.— The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram

 

gusti tangan, lelaki, Alpine, Eropah, Jerman, persatuan