
SARAWAK merupakan sebuah negeri yang popular dengan habitat buaya. Hampir di setiap kampung yang berdekatan sungai menjadi kawasan mereka berenang dan berlegar-legar mencari makanan.
Memandang Sarawak terkenal dengan keberadaan haiwan tersebut, tidak sah rasanya jika tidak ada lokasi yang boleh dikunjungi untuk melihat buaya dengan selamat. Taman Buaya Miri dan Zoo Mini merupakan salah satu tarikan di Sarawak dan dikatakan antara taman buaya yang terbaik di Sarawak.
Ia sangat sesuai dikunjungi oleh pelbagai lapisan masyarakat bahkan tersedia sesi lawatan khas seperti keluarga, sekolah dan pelancongan yang ingin melihat buaya dengan lebih dekat serta terkawal.
BACA LAGI: [VIDEO] Larian 444km Kak Tutu lambang perkasa wanita Malaysia
BACA LAGI: Pengalih suara percaya kartun Tarzan diadaptasi dari karya Ibnu Thufail Al Andalusi
Lebih 1000 ekor buaya pelbagai speses Taman Buaya Miri dan Zoo Mini.
Terletak kira-kira 22 kilometer dari pusat bandar Miri, berhampiran Sungai Baram, lokasi berkenaan menetapkan lebih 1000 ekor buaya pelbagai spesies antaranya buaya air masin, buaya katak, buaya Malayan Gharial iaitu buaya bermuncung panjang dan jarang ditemui.
Tidak sah rasanya jika tidak ada sesi memberi makan buaya jika ke sini. Aktiviti tersebut sering diadakan mengikut waktu yang ditetapkan.
Sesetengah pengunjung menyifatkan buaya di sana lebih agresif berbanding taman buaya lain.
Selain daripada melihat aksi buaya menerjah atau membaham makanan seperti ayam, ia merupakan salah satu kaedah yang dijalankan sebagai langkah pemuliharaan buaya dan pendidikan alam sekitar.
Selain daripada melihat buaya, lokasi tersebut turut menempatkan haiwan-haiwan lain seperti beruang matahari, binturong, ungka, kucing liar dan banyak lagi.
Jadi, buat mereka mencari tempat menarik di Sarawak pastikan anda hadirkan diri ke Taman Buaya Miri dan Zoo Mini bagi melengkapkan detik-detik indah anda melancong ke Sarawak. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram