
PERMAINAN snuker semenangnya menjadi sebuah permainan yang amat digemari oleh orang ramai terutamanya anak muda.
Bahkan Malaysia pernah menempah nama di pentas dunia apabila pemain snuker Malaysia, Lim Kok Leong, telah menjuarai Kejohanan Snuker Amatur Dunia pada 2022.
Sebagai individu yang memiliki hobi dan telah bermain snuker sejak belasan tahun, Farid Hamidi, 31, berkata, ia bukan sebuah permainan yang mudah.
Ia memerlukan pemikiran dan teknik yang sangat halus untuk mengetuk bola putih mengena dengan bola lain seterusnya mendapatkan mata terkumpul.
BACA LAGI: ‘Doodling’ teknik pembelajaran unik, bentuk visualisasi pemikiran
BACA LAGI: Pengalih suara percaya kartun Tarzan diadaptasi dari karya Ibnu Thufail Al Andalusi
Set bola snuker yang perlu ada di setiap sesi permainan.
“Bukan setakat ketuk bola saja, undang-undang dan peraturan juga perlu difahamkan betul-betul, barulah permainan itu dekat dengan jiwa masing-masing.
“Penat? Siapa yang tak letih main snuker maknanya mereka hanya bermain ‘buat-buta’ tanpa tahu apa makna kepuasan pada setiap ketukan bola itu,” katanya yang menetap di Sungai Besi, Kuala Lumpur.
Berbicara mengenai kemahiran, Farid berkata, permainan video snuker tidak akan membantu banyak dalam permainan tersebut. Akan tetapi untuk pemahaman ia menjadi platform terbaik untuk digunakan sebagai latihan asas dan peraturan.
Permainan video snuker boleh dijakan sebagai platform untuk memahami peraturan ketika beraski di atas meja sebenar.
“Main game dalam telefon pintar sangat beza, lain dan janganlah nak kata kau power kalau belajar snuker dalam peranti. Tapi kalau nak fahamkan peraturan dan undang-undang amat digalakkan. Sebab kebanyakan game snuker yang ada dalam permainan video menggunakan silibus peraturan yang sebenar,” ujarnya.
Berbicara mengenai pandangan orang terhadap mereka yang bermain snuker adalah jahat, disangkal sama sekali. Farid menegaskan pemikiran tersebut mungkin timbul kerana keadaan atau lokasi tempat permainan itu.
Farid bersama sepupunya, Izul seringkali melepaskan gian bermain snuker sebagai hobi kegemaran mereka.
Namun, seiring dengan peredaran zama, sudah terdapat banyak tempat yang menyediakan ruang permainan yang terang dan lebih selesa.
“Ya, mungkin kerana dulu orang tengok tempat snuker ini mesti tempat gelap, buka pintu saja bau rokok dan sebagainya. Sekarang tidak lagi, ada banyak tempat yang sudah melarang pemain untuk merokok di dalam premis snuker, tempat pun terang saja sekarang.
Berpakaian kemas dan kemaja merupakan wajah profesional pemain snuker.
“Pada saya, snuker bukanlah sukan jahat tapi perbuatan daripada pemain-pemain amatur yang suka menggunakan nama snuker sebagai sukan untuk berjudi, menyebabkan sukan ini menjadi buruk.
“Ya betul, tidak dinafikan dan sekali lagi zaman sekarang perkara tersebut memang dilarang, dapat tangkap memang kena halau,”jelas bapa kepada dua cahaya mata itu.
Farid memiliki meja snuker sendiri di rumah dan dijadikan sebagai tempat latihannya.
Selain itu, permainan ini juga membentuk disiplin pada dirinya kerana di peringkat profesional, dia diwajibkan memakai kemas seperti kemeja atau kot.
“Pernahkah kita tengok dekat televisyen orang pakai seluar pendek dan singlet main kejohanan snuker profesional, tak pernah ya. Jadi sebagai orang yang ada hobi main snuker adakalanya saya dan keluarga meletakkan peraturan untuk memakai pakaian kemas jika ingin bertanding.
“Selalunya saya pakai semasa kejohanan, baru nampak gaya. Tapi kalau main biasa-biasa tidaklah saya berpakaian lengkap, cukup sekadar kemas,”ujarnya.
Menurutnya lagi, walaupun kebanyakan premis snuker dibuka hingga lewat malam, setiap sukan memerlukan kawalan apatah lagi anak-anak muda. Ini bagi menbendung gejala yang tidak sihat berlaku seperti samun atau bergaduh.
‘Nasihat saya senang saja, teruskan bermain jika ada cita-cita untuk pergi ke tahap profesional tapi mestilah pandai bahagi masa antara snuker dan pelajaran. Setiap sukan memerlukan kawalan apatah lagi snuker yang kerap dijadikan sukan lewat malam,” terangnya.— Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram