Destinasi popular Eropah jadi pilihan 'jutawan senyap' tenangkan diri


  • Nomad
  • Rabu, 20 Ogos 2025

Terdapat beberapa destinasi jutawan senyap boleh hadir untuk menunjukkan kekayaan sambil menyembunyikan diri sepenuhnya daripada pandangan umum.

RAMAI yang tidak tahu ada golongan yang kaya-raya tetapi tidak mahu popularkan diri yang digelar sebagai 'jutawan senyap' atau popular dipanggil ‘stealth-wealth’.

Disebabkan status mereka itu, sukar untuk mengesan keberadaan dan cara mereka berhibur terutamanya apabila mereka menghabiskan waktu untuk bercuti.

Jika dulu, mereka boleh bersembunyi dari tatapan umum dengan memilih lokasi-lokasi percutian mewah sama ada bersama keluarga atau menenangkan diri.

BACA LAGI: Pantai Klebang ada 'playground indoor' besar, praktikal untuk kanak-kanak dan dewasa

BACA LAGI: Pengalih suara percaya kartun Tarzan diadaptasi dari karya Ibnu Thufail Al Andalusi

Tapi kini, lokasi percutian mereka bukan lagi rahsia kerana sudah ramai yang mampu mengikut cara hidup mereka terutamanya golongan jutawan segera seperti pempengaruh dan pencipta kandungan yang mampu meraih kekayaaan dalam tempoh singkat.

Berikut ialah destinasi popular di Eropah yang sering menjadi lokasi percutian golongan jutawan senyap.

Corsica dan Eze, Perancis

Buat mereka yang mencari suasana pesona di French Riviera yang kurang didatangi pelancong, terdapat satu lokasi sederhana yang kini mula mendapat perhatian iaitu Corsica dan Eze.

Di sini anda boleh merasai suasana damai dan indah tanpa kehadiran ramai orang.

Pantai yang bersih beserta teluk terpencil menjadi kesesuaian untuk golongan jutawan melayarkan kapal peribadi mereka dan menjadi tempat eksklusif yang tersembunyi. 

Selain itu, di tanah besar Perancis, terdapat perkampungan kecil berhampiran Riviera memiliki pesona dalaman yang tersendiri di Eze.

Di sini, kawasan perkampungan memiliki pesona lorong-lorong yang dipenuhi galeri milik artis tempatan. Ini termasuk pemandangan yang terbentang luas ke arah Laut Mediterranean dan restoran tempatan.

Selain itu, anda juga boleh merasi pengalaman menginap di Château de la Chèvre d’Or, sebuah hotel yang merangkumi beberapa bangunan zaman pertengahan. 

Laman bertingkat dan bilik ‘tradisi’ yang dibina dalam struktur batu lama dengan siling melengkung memberikan rasa seakan-akan duduk di gua mewah sambil dihiasi dengan pemandangan laut.

Anda jangan terkejut kalau terserempak dengan figuran kelas A seperti keluarga Obama, dan pelakon Leonardo DiCaprio di situ, kerana lokasi ini menjadi tempat yang digemari oleh mereka.

 

Lake Jasna, Slovenia

Terletak di antara Banjaran Alps dan Laut Adriatik, Slovenia, tanpa ramai yang tahu ia telah menjadi destinasi percutian mewah paling berbaloi.

Ini termasuk citarasa masakannya yang menggabungkan resepi Alpine, Mediterranean dan Slavic.

Pemandangannya pula memperlihatkan keindahan Tasik Glasier, hutan tebal, dan gunung-ganang seperti di Switzerland. Destinasi itu juga menjadi tarikan kepada mereka yang gemar melakukan aktiviti memancing, mendaki dan berbasikal santai kerana kesesuaian lokasi.

 

 

Lake Orta dan Dolomites, Itali

Ketika Venice menjadi tarikan pelancong di Itali, Lake Orta di Piedmont pula muncul sebagai lokasi alternatif yang lebih tenang dan eksklusif.

Terdapat sebuah hotel bernama Casa Fantini di sana yang memiliki 11 bilik yang membolehkan anda menyewa bot elektrik untuk meneroka tasik secara bersendirian.

Disebabkan Lake Orta terletak jauh di barat laut Itali, perjalanan ke arah timur ke Dolomites mengambil masa kira-kira empat jam, satu gabungan perjalanan yang digemari ramai pelancong.

Ia bagi memudahkan mereka yang ingin menginap di penginapan itu yang bertaraf lima bintang.

Selain itu terdapat juga cadangan lain untuk anda mengesyorkan Ancora Cortina, hotel bersejarah 35 bilik yang telah dihidupakan semula oleh pengasas jenama Diesel, Renzo dan tokoh hospitaliti Itali Aldo Melpignano.

Ia terletak betul-betul di tengah-tengah bandar lama Cortina, dikelilingi oleh perniagaan milik keluarga yang telah wujud selama beberapa generasi.

 

Menorca, Sepanyol

Jika anda mahu menikmati suasana malam yang indah, Kepulauan Balearic adalah pilihan terbaik.

Di sini, anda boleh meluangkan masa berjalan kaki sepanjang malam untuk menikmati pemandangan yang memukau selain melihat kelibat burung langka yang menghuni kawasan berpaya.

Selain itu, dua kawasan rumah ladang turut di pulihkan semula masing-masing di Santa Ana dan Son Ermita memperlihatkan suasana mewah tidak keterlaluan dan memiliki elemen kepulauan.

Disediakan enam bilik di Santa Ana untuk satu kumpulan. Finca (estet) berusia 200 tahun khusus untuk penggunaan ekskluis dan sesuai untuk keluarga besar yang mengembara.

Son Ermita pula lebih konvensional dan memiliki 11 bilik, kebanyakannya dengan rasuk kayu yang cantik dan lantai jubin terracotta, dengan berkongsi akses ke kawasan sekitar serta restoran makanan laut.

Kedua-duanya merupakan tempat penginapan yang hebat untuk pelbagai aktiviti santai seperti mendaki laluan pantai, berkayak di sepanjang pantai tersembunyi dan banyak lagi boleh dilakukan di sana.— The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram