[VIDEO] Bergambar konvo di stadium, Marsya penyokong  'hard core' Selangor FC


  • Podium
  • Khamis, 17 Jul 2025

Ikuti perkongsian lanjut kisah Marsya, seorang gadis berjiwa besar dalam dunia bola sepak dalam segmen Duduk Sembang di Majoriti

KISAH kegigihan seorang gadis genit bergambar lengkap berjubah konvokesyen di Stadium MBPJ, Petaling Jaya di Selangor suatu ketika dahulu mencetuskan perbualan hingga tular di media sosial.

Mana tidaknya, penyokong  'hard core' Selangor FC ini tidak sedikit pun goyah walau dikecam angkara hantaran di media sosial.

Graduan Universiti Teknologi MARA (UiTM), Marsya Izzati Muhammad Mazelan, 23, berkata, dia membesar dengan pasukan The Red Giants dan sudah pasti pasukan itu sebati dengan dirinya sekeluarga.

BACA LAGI: Sungkai bukan sekadar hutan, ini 3 tempat wajib singgah jika berkonvoi

BACA LAGI:  Nak lihat penanaman gaharu? Gopeng lokasi paling tepat

“Menyokong pasukan bola sepak ini bukan sekadar bersorak atau memukul gendang di stadium, ia memerlukan jiwa yang besar dan kental kerana mereka adalah 'pemain ke 12' selepas 11 pemain di turunkan di atas padang.

“Saya tak pernah lepas peluang tengok game Selangor dekat stadium tu termasuk kalau pasukan Selangor FC main di away," katanya dalam segmen Duduk Sembang.

 

Sebagai penyokong 'hard core' Selangor FC, Marsya tidak sedikit pun goyah walau dikecam angkara hantaran di media sosial.

 

Anak kedua daripada tiga beradik itu mengakui kehadirannya ke stadium bukan untuk melihat mana-mana pemain tetapi melihat keseluruhan pasukan.

"Saya datang stadium untuk sokong semua pemain Selangor, bukannya sebab saya suka bola disebabkan individu. Memang sedih kalau kita lihat ada pemain kelab yang berpindah ke pasukan lain tetapi saya sedikit pun tidak akan bertukar pasukan,” ujarnya.

Berbicara mengenai tragedi bintang bola sepak Selangor Faisal Halim yang disimbah asid, Marsha yang juga aktif bersukan di UiTM meluahkan rasa sedih terhadap apa yang berlaku.

“Kita semua dapat melihat apabila Faisal kembali ke padang, boleh nampak dia agak struggle dan terganggu dengan kecederaan yang berlaku dekat dia. Kita yang tengok ni pun rasa macam sakit, dan secara tak langsung nampak permainan dia pun sedikit menurun.

Marsya yang mengatur sesi bergambar di Stadium MBPJ, Petaling Jaya menjadi bualan hangat di media sosial.

 

“Kami sebagai peminat berharap untuk Faisal terus kuat dan jangan berhenti bermain bola sepak, semuanya pasti akan kembali normal, jangan putus asa," jelasnya dengan penuh harapan.

Ikuti perkongsian lanjut kisah Marsya, seorang gadis berjiwa besar dalam dunia bola sepak terutamanya kelab Selangor FC dalam Duduk Sembang di Majoriti.— Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram