
BOLA sepak adalah sukan popular di Malaysia tidak kira peringkat umur malah pemilik kelab JDT, Tunku Mahkota Johor Ismail Ibni Sultan Ibrahim juga pernah bertitah bahawa, bola sepak adalah milik rakyat Malaysia.
Bagi memberi kesedaran, PSA kali ini ingin menitipkan pesanan tentang kepentingan memakai kasut bola ketika beraksi di padang rumput atau sintetik.
Selain mengelakkan daripada kecederaan pemakaian kasut bola bertujuan mendapatkan cengkaman padu pada permukaan di padang, selain membantu pemain bergerak lincah.
BACA LAGI:[VIDEO] Dari ladang tebu ke ladang kenaf, Perlis anugerah terindah buat sang pengembara
BACA LAGI:[VIDEO] Di sebalik dominasi Musang King dan Black Torn, 'Durian AI' bakal tiba di pasaran
Kasut bola bertujuan melindungi kaki daripada tercucuk objek tajam.
Pemakaian kasut bola juga adalah sebagai pelindung kaki dan otot pemain daripada kecederaan akibat hentakan, geseran dengan bola atau pemain lain.
Kebanjiran pelbagai jenama kasut bola di pasaran dengan harga mencecah ribuan ringgit mempunyai alasan tersendiri.
Kasut bola yang direka khas atau edisi terhad di pasaran rata-rata mempunyai keistimewaan seperti memberi sokongan pada pergelangan kaki untuk membantu pemain bergerak dengan lebih cekap dan mengurangkan risiko kecederaan pada sendi selain memberikan keselesaan pada kaki pemain semasa permainan.
Pemakaian kasut bola juga harus dilengkapi dengan stoking untuk mengelakkan kaki daripada melecet.
Oleh itu, tiada istilah bermain di 'padang kampung' tidak perlu memakai kasut bola atau cukup sekadar berkaki ayam.
Ikuti video PSA tentang kepentingan pemakaian kasut bola ketika berada di atas padang di Majoriti.— Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti diTwitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram