Nak lihat penanaman gaharu? Gopeng lokasi paling tepat 


  • Nomad
  • Isnin, 14 Jul 2025

HOGA & Kafe yang berada di puncak bukit di mana anda boleh menghirup udara segar sambil menikmati panorama indah

BUAT mereka yang tidak tahu apa yang menarik di Gopeng, Perak? Segmen Nomad kali ini akan memperkenalkan anda dengan sebuah lokasi penanaman gaharu iaitu Gaharu Tea Valley.

Gaharu Tea Valley ditubuhkan pada 1992 oleh seorang ahli botani dari Jepun dan usahawan Malaysia, HOGA (Holistic Gaharu) yang memberi tumpuan kepada penanaman gaharu secara lestari dan organik.

Bukan setakat itu, ladang berkenaan menghasilkan damar gaharu, minyak pati, teh herba, kopi, aiskrim, penjagaan kulit, jem dan banyak lagi yang semuanya berasal daripada pokok gaharu. 

BACA LAGI: [VIDEO] Dari ladang tebu ke ladang kenaf, Perlis anugerah terindah buat sang pengembara

BACA LAGI: [VIDEO] Di sebalik dominasi Musang King dan Black Torn, 'Durian AI' bakal tiba di pasaran

Suasan pagi di Taman Organik di Gaharu Tea Valley (HOGA).

Gaharu bersifat antioksidan dan bermanfaat seperti tidur yang lebih lena, mengurangkan tekanan dan penurunan kadar gula dalam darah serta asid urik.

Jika anda ke Gaharu Tea Valley anda boleh meninjau ke Tembok Besar Gopeng setinggi 3 meter yang sesuai untuk lokasi OOTD.

Selain itu, terdapat juga HOGA & Kafe yang berada di puncak bukit di mana anda boleh menghirup udara segar sambil menikmati panorama indah dan lebih lengkap jika anda bersantai sambil menikmati teh gaharu, kopi dan aiskrim berperisa gaharu.

Terdapat juga Taman Pelukan yang mana pengunjung boleh mendakap pokok gaharu untuk mendapatkan aura positif.

Akhir sekali, anda boleh ke Terowong Masa HOGA dan Galeri Seni yang memaparkan sejarah ladang gaharu.— Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram

 

Perak, Gopeng, Gaharu, teh, nomad