
MUSIM durian kembali mewarnai kehidupan rakyat Malaysia terutamanya yang 'gilakan' keenakan dan bau raja buah itu.
Ada yang mencari durian premium seperti Musang King dan Black Thorn, ada juga yang masih kekal dengan durian kampung.
Eksplorasi@Mj baru-baru ini menjengah ke festival makan durian di Petaling Jaya, Selangor, sempena kejayaan mencatat Malaysia Book of Records (MBR) dalam kategori peserta paling ramai menyertai pesta durian anjuran S Durian World.
BACA LAGI: [VIDEO] Dari ladang tebu ke ladang kenaf, Perlis anugerah terindah buat sang pengembara
BACA LAGI: Harga barang naik sebab SST? Jangan terlalu cepat buat spekulasi
Durian AI akan direalisasikan oleh S Durian World bagi mengembangkan lagi industri raja buah tersebut.
Ketua Pegawai Eksekutif S Durian World, David Hew, berkata, pencapaian itu memberikan peluang kepada orang ramai untuk merasai kenikmatan durian Musang King yang menjadi kebanggaan rakyat Malaysia.
Namun, pernahkah anda terfikir akan tercipta teknologi 'Durian AI'?
Hew berkata, pengiktirafan MBR ini menjadi pencetus S Durian World dalam mewujudkan teknologi tunggal Durian AI (kecerdasan buatan).
“Durian AI ini adalah perancangan kami untuk memeriahkan lagi industri durian. Projek ini sudah ada ‘blue print’ dan sedang berada di fasa pembangunan.
“Durian AI akan menguji kepintaran anda mengenal pasti jenis durian yang berada di atas pokok dengan menangkap gambar menggunakan telefon pintar.
“Kemudian meneka jenis durian, warna isi durian, seterusnya jika betul mereka boleh datang ke S Durian World untuk menuntut durian premium yang mencecah ratusan ringgit sebagai hadiah,” katanya.
Hew ketika menerima siji pencapaian daripada wakil Malaysia Book of Rekod.
Tambah Hew, teknologi tersebut juga dicipta untuk golongan kanak-kanak sebagai mengembalikan nostalgia rakyat Malaysia.
“Kita juga akan wujudkan permainan seperti tembak tupai dan menyambut durian gugur dalam bentuk permainan video kanak-kanak supaya ia boleh menarik perhatian semua golongan, seterusnya memupuk pengetahuan tentang jenis durian yang ada di Malaysia,” jelasnya.
Persoalannya, adakah Durian AI mampu memberikan impak luar biasa dalam industri pertanian durian negara? Sama-sama kita nantikan.—Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti diTwitter,Facebook,Instagram,WhatsApp ChanneldanTelegram