
PERCAYA atau tidak, hanya dengan menyentuh kelopak bunga, anda boleh meredakan tekanan.
Ini sudah terbukti berdasarkan perkongsian Nabila Zainal, seorang wanita yang sarat seharian dengan kerja di pejabat, memiliki cara tersendiri untuk mengubati kesihatan mental.
Bermula dengan hobi mengumpul pasu bunga di rumah, wanita beusia 30 tahun itu berkata, menanam pokok bunga di halaman rumah menjadi terapi buat dirinya setiap kali pulang dari kerja terutama selepas meredah kesesakan trafik.
“Bila balik malam saja, sebelum masuk rumah saya mesti pergi dekat pokok-pokok saya, pegang kelopak-kelopak bunga, layan perasan sekejap baru masuk rumah. Rasa tenang dan segar saya otak saya ini bila seharian sibuk bekerja,” katanya kepada Majoriti.
BACA LAGI:[VIDEO] Dari ladang tebu ke ladang kenaf, Perlis anugerah terindah buat sang pengembara
BACA LAGI:[VIDEO] Di sebalik dominasi Musang King dan Black Torn, 'Durian AI' bakal tiba di pasaran
Hobi menghias bunga bukanlah pembaziran dan perlu bijak untuk menanamnya terutama bunga orkid.
Bagi Nabila, hobi menghias bunga bukanlah pembaziran dan perlu bijak untuk menanamnya terutama bunga orkid.
Ini kerana katanya, pemilihan bunga amat penting supaya dapat dijaga dengan mudah.
“Saya memang suka orkid, mudah dijaga. Bunga-bunga orkid di rumah saya pada awalnya, bukannya saya beli terus yang dah berbunga, saya beli anak pokok atau benih.
“Sebab kalau beli dari kecil, bunga-bunga ini boleh dicabangkan di kawasan yang lain dan lebih menjimatkan,” ujarnya.
Katanya lagi, untuk memiliki hobi seperti ini, bukan sekadar seronok melihat kawasan rumah terhias tetapi ia memerlukan kerajinan.
“Kalau nak tanam bunga ni kenalah rajin termasuk kemaskan halaman rumah. Kita kena ingat, walaupun berpuluh bunga yang kita ada di rumah, hiasan atau keserlahan halaman tetapkan tertutup bila kawasannya bersepah,” jelasnya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti diTwitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram