
SELEPAS seminggu kerajaan melaksanakan perubahan terhadap sistem Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) pada 1 Julai 2025 masih ramai kalangan kita yang 'krik, krik' dengan pelaksanaannya.
Ramai yang ‘melompat’ dan terus membuat persepsi harga barang akan naik sekaligus semua keperluan harian naik dan menjadi mahal. Namun, apakah yang dimaksudkan dengan SST?
BACA LAGI: Rumah inap tepi sawah di Perlis, pulang bawa balik harum manis
BACA LAGI: [VIDEO] Jimat elektrik boleh kurangkan risiko kebakaran
SST ialah sistem yang diperkenalkan semula pada 2018 dan dua komponen penting yang perlu diketahui adalah:
Pertama, cukai jualan yang melibatkan pengilang atau pengimport dikenakan pada kadar 5 peratus atau 10 peratus ke atas barangan pilihan dan bukan keperluan asas.
Kedua, cukai perkhidmatan dikenakan pada kadar 6 peratus atau 8 peratus hanya tertumpu pada perkhidmatan terpilih seperti profesional dan hospitaliti.
Harga barangan asas masih berkecuali daripada SST misalnya, ayam, daging lembu, beras dan banyak lagi.
Peningkatan SST sebanyak 8 peratus itu juga turut melibatkan sektor logistik, pembangunan perisian, khidmat broker dan perkhidmatan kecantikan termasuk barang mewah serta import.
Apa yang perlu anda ketahui sektor seperti makanan dan minuman, telekomunikasi dan tempat letak kereta masih kekal pada kadar lama iaitu 6 peratus.
Harga barang naik? Nanti dulu, harga barangan asas masih berkecuali daripada SST misalnya, ayam, daging lembu, beras, oren dan epal serta banyak lagi.
Ikuti video lanjut dalam segmen PSA di Majoriti dan untuk mendapatkan maklumat lanjut serta Semakan Semula Peluasan Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan boleh layari laman web rasmi Kementerian Kewangan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram