Bagi makan ikan di tasik? Ini 5 lokasi patut anda cuba


  • Nomad
  • Isnin, 14 Jul 2025

SUNGAI Pahang turut menjadi tumpuan kaki pancing untuk mendapatkan ikan segar.

MENCARI kolam, tasik atau sungai yang boleh lakukan aktiviti beri makan ikan? Ini lima lokasi mungkin anda patut pertimbangkan.

BACA LAGI: [VIDEO] Dari ladang tebu ke ladang kenaf, Perlis anugerah terindah buat sang pengembara

BACA LAGI: Nak lihat penanaman gaharu? Gopeng lokasi paling tepat

1. Sungai Melaka, Melaka

Jangan disangka sungai Melaka biasa-biasa. Lokasi ini secara tidak langsung menjadi tumpuan pelancong.

Kebiasaanya aktiviti memberi makan ikan dilakukan oleh mereka yang menaiki river cruise dan akan dibawa oleh pemandu bot di kawasan tertentu.

Ikan yang sering dilihat di kawasan sungai tersebut adalah ikan tilapia, keli dan lampam.

 

2. Sungai Perak, Kuala Kangsar, Perak

Sungai Perak popular dengan pertandingan memancing kerana kawasan tersebut mempunyai pelbagai habitat ikan terutamanya ikan air tawar.

Kawasan sekitar Jambatan Victoria dan Tasik Raban antara yang popular dan sering dijadikan tempat bersantai sambil memberi makan ikan.

Malahan ia juga dikenali sebagai pusat penternakan ikan air tawar terbesar di Perak dan antara ikan popular di sini ialah patin, tilapia dan loma yang sering dijual di gerai-gerai ikan sungai di sekitar.

Bagaimanapun, anda perlu waspada agar tidak mencemarkan sungai dengan makanan tidak sesuai kerana banyak tempat sepanjang Sungai Perak itu menjadi sumber makanan kepada penduduk kampung di situ.

 

3. Eco Botanic, Gelang Patah, Johor

Persiaran ini terletak di Johor dan terdapat sebuah kawasan dikenali sebagai Fish Feeding Pond and Park.

Ia menyediakan kolam di tepi tasik dengan pondok kecil di tebing yang dihuni pelbagai ikan seperti ikan keli, kaloi, haruan dan banyak bunga teratai di sekeliling.

Pengunjung mengesyorkan membawa roti atau makanan ikan untuk memberi makan ikan dan lokasi tersebut dibuka 24 jam dengan pengawasan pihak berkuasa.

 

4. Sungai Pahang, Temerloh, Pahang

Sungai Pahang turut menjadi tumpuan kaki pancing untuk mendapatkan ikan segar dan sungai ini juga terkenal dengan ikan yang mahal dan segar seperti patih buah, baung dan seumpamanya.

Walaupun terdapat banyak spot spesies ikan air tawar yang hidup liar di sungai berkenaan, terdapat kawasan larangan yang dilindungi kerana ia menjadi tempat pembiakan ikan.

Antara tempat yang patut anda pertimbangkan adalah Fifty4Ferns (Janda Baik), Jerantut, Kertau dan Maran dan Taman Negara.

Malahan terdapat juga larangan untuk menangkap spesies ikan tertentu seperti Kelisa di Tasik Kenyir, jadi jangan sesuka hati memberi makan mahupun memancing di kawasan yang tidak dibernarkan.

 

5. Santuari Ikan Sungai Chiling, Kuala Kubu Bharu,Selangor

Santuari Ikan Sungai Chiling terkenal sebagai lokasi eko pelancongan menarik di Selangor.

Keunikan kawasan itu terletak pada kejernihan sungainya yang dipenuhi ikan kelah jinak serta suasana hutan semula jadi yang masih terpelihara.

Diingatkan, bahawa ikan-ikan tersebut tidak boleh dipancing atau dibawa pulang, hanya boleh diberi makan sahaja.

Selain menikmati keindahan alam, pengunjung juga boleh melakukan aktiviti seperti berkelah, mandi sungai dan merentas denai ke air terjun utama.— Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram

 

 

Tasik, Pahang, Sungai, kolam, ikan, kelah, talipia