Katsetiu Villas janji pemandangan 'mewah' di Pulau Perhentian


  • Nomad
  • Khamis, 10 Jul 2025

Rancang perjalanan anda dengan berkunjung ke Katsetiu Villas untuk alami pengalaman yang indah

TERENGGANU merupakan lokasi percutian terbaik di negara ini terutama di Pulau Perhentian dan Redang.

Segmen Nomad kali ini memperkenalkan rumah inap Katsetiu Villas di Setiu.

Terletak 40 km dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Katsetiu Villas menawarkan panorama indah terutama menjelang senja dengan pemandangan siluet dari Pulau Redang mahupun Pulau Perhentian.

BACA LAGI: [VIDEO] Dari ladang tebu ke ladang kenaf, Perlis anugerah terindah buat sang pengembara

BACA LAGI: Ada apa dekat JB? Ini 5 spot santai anda wajib singgah jika ke Johor

 

Pemandangan Katsetiu Villas.

Suasana Katsetiu Villas yang tenang dan privasi itu sesuai untuk menjadi pilihan berbulan madu.

Dekorasi moden dengan gaya hiasan kontemporari lengkap dengan Wi-Fi, penghawa dingin dan televisyen menjadikan penginapan serba eksklusif.

Bagi memenuhi aktiviti percutian, anda boleh memilih pelbagai pakej seperti snorkeling dengan pelbagai aktiviti pantai.

 

Bayangkan anda memijak pasir dan bermain ombak di gigi pantai bersama orang tersayang sudah pasti meninggalkan momen indah.

Jadi, rancang perjalanan anda dengan berkunjung ke Katsetiu Villas untuk alami pengalaman yang indah.—Majoriti

" />