
SEBUT saja Johor Bahru pasti terkenal dengan pelbagai tarikan, termasuk tempat bersejarah, pusat membeli-belah dan pantai.
Antara yang menarik untuk dilawati ialah Zoo Johor, Danga Bay, Johor Bahru City Square dan Istana Besar. Apa kata cuba hadirkan diri di lima spot ini.
BACA LAGI:[VIDEO] Dari ladang tebu ke ladang kenaf, Perlis anugerah terindah buat sang pengembara
BACA LAGI:Harga barang naik sebab SST? Jangan terlalu cepat buat spekulasi
Kedai serbaneka Avery-Day
Kedai ini terletak berhadapan Bangunan Sultan Iskandar atau Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (ICQ) di Tambak Johor-Singapura.
Avery-Day merupakan sebuah kobini (istilah Jepun untuk kedai serbaneka) yang memasarkan barangan hiasan termasuk mi segera dan makanan ringan dari Jepun.
Tak ubah seperti konsep kedai serbaneka 24-jam, Avery-Day menjadi tumpuan ramai kepada yang gilakan barangan dari Jepun.
Space Cafe
Bagi pencinta kopi, anda disaran singgah ke Space Cafe JB yang terletak berhampiran KSL City Mall.
Menariknya, kafe ini memaparkan hiasan dekorasi gaya minimalis futuristik yang pasti membuatkan anda ingin ber'ootd'.
Kafe ini sungguh privasi dan sesuai untuk anda yang inginkan ketenangan sambil menikmati kopi istimewa seperti, Dalgona coffee atau Orange Americano dengan Viennois Red Bean Butter dan Blueberry Danish Sourdough Croissant atau Pain Au Chocolate.
Forever Twenty Cafe
Twenty Cafe terletak di Taman Desa Tebrau merupakan sebuah kafe bertema merah jambu dengan pelayan yang manis berbaju 'sekolah'.
Pelanggan bukan sahaja datang untuk menikmati kopi atau ramen karbonara pedas malah mereka juga berkarya dengan aktiviti melukis di atas palet yang disediakan.
Uniknya kafe ini menyediakan khidmat sewa baju sekolah ala-ala Korea dengan berlatar belakangkan suasana di Korea sesuai untuk OOTD.
Cafe de Flore JB
Kafe bertema “Little Paris” itu, diinspirasikan dari Café de Flore di Paris. Lokasi terletak di Mount Austin itu menawarkan suasana tak ubah seperti taman di Paris yang lengkap dengan hiasan bunga-bugaan, replika basikal vintaj dan patung klasik di patio luar.
Menyediakan pilihan tempat duduk luar berkonsepkan garden, dekorasi ala Eropah itu popular untuk OOTD meskipun dalamannya dianggap agak kompak.
Mini Studio JB
Mini Studio terletak di Taman Desa Tebrau ini merupakan pusat karaoke dengan konsep ‘masuk sendiri’ tanpa perlu berurusan di kaunter.
Pengunjung hanya perlu memilih bilik melalui kiosk yang disediakan, bayar menggunakan kod QR dan terus masuk ke bilik karaoke.
Terletak di dalam premis beli-belah Toppen Shopping Centre, lokasi ini amat sesuai bagi mereka untuk berhibur atau melepaskan tekanan bersama rakan-rakan.—Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti diTwitter,Facebook,Instagram,WhatsApp ChanneldanTelegram