[VIDEO] Dari ladang tebu ke ladang kenaf, Perlis anugerah terindah buat sang pengembara


  • Nomad
  • Selasa, 08 Jul 2025

Ikuti video keindahan Perlis dalam segmen Nomad di Majoriti.

JANGAN disangka negeri paling kecil di Malaysia iaitu Perlis tidak memiliki keindahan dan atau lokasi menarik.

Menerusi hantaran video di platform TikTok oleh beberapa pencipta kandungan yang memuat naik video suasana di Wang Kelian, Ladang Kenaf dan Tasik Timah Tasoh, ketiga-tiganya umpama anugerah terindah buat negeri tersebut khususnya pengembara.

Anak jati Perlis, Afiqah Abd Rahman, 31, berkata, Perlis merupakan kampung yang sentiasa dirindui walaupun kini sudah menetap di Kuala Lumpur.

BACA LAGI: Rumah inap tepi sawah di Perlis, pulang bawa balik harum manis

BACA LAGI: Harga barang naik sebab SST? Jangan terlalu cepat buat spekulasi

 Dia mengakui ketiga-tiga lokasi itu  merupakan lokasi wajib singgah oleh sesiapa saja yang ingin pergi menuju ke sempadan Thailand.

“Wang Kelian ni ramai orang datang sebab nak pergi Siam, jadi kawasan itu dibangunkan untuk orang datang singgah dan ambil gambar, pagi memang cantik,” katanya kepada Majoriti.

 

Ladang Kenaf di Chuping, semakin popular selepas bekas ladang tebu itu dihidupkan semula dengan tanaman tersebut.

Kemudian, Ladang Kenaf, Chuping, pula menjadi semakin popular selepas bekas ladang tebu itu dihidupkan semula dengan tanaman pokok kenaf.

Bukan setakat itu, Tasik Timah Tasoh yang dulunya hanya penduduk setempat sahaja tahu kecantikannya, kini semakin menjadi kegilaan ramai untuk sesi fotografi pengantin.

“Ladang pokok kenaf ini ikut musim sebab selalunya awal tahun baru ladang ni pohon-pohon dia mekar dan cantik. Paling best waktu pagi sekitar pukul 6.45 pagi hingga 8.45 pagi. Dulu dekat sini tempat tanam tebu tapi sekarang tanah dia dah jadi tukar jadi ladang kenaf ni.

“Tasik Timah Tasoh itu sebenarnya tasik dan tasik ini banyak yang datang buat gambar kahwin. Dekat kawasan itu pun ada tempat menarik yang lain macam Bukit Keteri atau Tasik Empangan Timah Tasoh. Penyanyi Yuna pun datang sanalah buat video muzik dia dekat situ,” jelasnya.

Afiqah turut menjelaskan adalah perkara normal bagi negeri Perlis untuk menghadapi cuaca panas kerana jika hendak dibandingkan tempat lain, baginya sama saja.

“Kalau nak kata Perlis ini negeri panas, sekarang sama saja. Pergi Kuala Lumpur ke, Johor ke sama saja panasnya. Kalau nak pergi tempat cantik-cantik mestilah nk kena tunggu cuaca cantik, kalau hujan memang duduk dalam kereta atau rumah sajalah,” terangnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram

 

 

 

Perlis, Wang Kelian, Timah Tasoh,