
ANDA pasti pernah mendengar ungkapan kucing akan menyerap emosi sedih apabila kita sedang berduka?
Jika ya, anda tidak keseorangan kerana ia adalah sifat golongan antropomorfisme.
BACA LAGI: [VIDEO] DIY perabot usang kini jadi hobi mahal
BACA LAGI: [VIDEO] Musim candat sotong di perairan Pantai Timur 'syurga' buat kaki pancing
Antropomorfisme perbuatan memberikan sifat-sifat manusia kepada makhluk bukan manusia.
Antropomorfisme ialah kepercayaan manusia terhadap haiwan atau objek yang mempunyai perasaan sama seperti manusia termasuk dari segi perbuatan.
Tetapi kenapa dan bagaimana ia memberi manfaat kepada kita?
Antropomorfisme dan hubungan emosi: Psikologi di sebalik berbicara dengan haiwan peliharaan
Pakar psikologi menjelaskan apabila kita bercakap dengan haiwan peliharaan ia dapat membina emosi antara diri kita dengan haiwan peliharaan tersebut.
Antropomorfisme membuatkan kita menghubungkan perasaan, niat dan fikiran kepada haiwan walaupun ia mungkin tidak memahami sepenuhnya tentang apa yang disampaikan.
Hal ini membantu mengukuhkan ikatan emosi yang lebih mendalam antara kedua-dua entiti.
Menariknya, haiwan peliharaan tidak begitu bertindak balas terhadap maksud yang diperkatakan, tetapi lebih kepada nada suara dan frasa yang biasa dalam pertuturan.
Kucing membantu seseorang meluahkan perasaan dan melepaskan tekanan dalaman.
Berbual dengan haiwan peliharaan sebagai sokongan kesihatan mental
Kajian menunjukkan berbual dengan haiwan peliharaan memberi kesan terapeutik yang sebenar kepada kebanyakan orang terutamanya bagi mereka yang kesunyian.
Pakar psikologi Usman Ahmad berkata, berbual dengan kucing membantu seseorang meluahkan perasaan, melepaskan tekanan sehinga dapat merasakan hubungan yang lebih akrab.
Individu yang kerap berinteraksi dengan haiwan mampu merendahkan tekanan dalam diri, melahirkan suasana lebih baik dan rasa ditemani.
Ini membuktikan terapi bantuan haiwan (animal-assisted therapy atau zootherapy) semakin popular sebagai cara untuk merawat emosi demi kesejahteraan mental.
Berbeza dengan manusia, haiwan tidak menghakimi, tidak menyampuk dan tidak mengkritik dan ini membuktikan kehadiran mereka dapat menyediakan ruang selamat untuk menimbulkan aura positif.
Haiwan boleh mengurangkan rasa kesunyian dan meningkatkan kesejahteraan emosi kanak-kanak.
Komunikasi dengan haiwan dapat membantu kanak-kanak meluahkan perasaan
Tidak tertumpu kepada orang dewasa, perkara itu turut memberi manfaat kepada kanak-kanak.
Pakar psikologi Amerika Syarikat Boris Levinson berpendapat, kanak-kanak yang menghadapi kesukaran bersosial lebih mudah berinteraksi dengan haiwan.
Levinson dalam satu kajian membuktikan, interaksi dengan haiwan boleh mengurangkan kesunyian dan membuatkan mereka lebih mudah berhadapan dengan masyarakat.— Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram