
BUAT mereka yang ingin lari sebentar daripada hiruk-pikuk bandar Kuala Lumpur dan berehat di penginapan yang boleh memberikan ketenangan, anda disaran menikmati pengalaman itu di sebuah penginapan gaya moden dan mewah di M Resort & Hotel Kuala Lumpur.
M Resort & Hotel Kuala Lumpur yang terletak di Bukit Kiara merupakan lokasi strategik buat warga kota mencari waktu bersantai bersama keluarga.
Menggabungkan gaya moden dengan keunikan reka bentuk dalaman hotel serta layanan terbaik, lokasi ini menjanjikan pengalaman percutian atau staycation yang begitu selesa dan harmoni.
BACA LAGI: [VIDEO] Musim candat sotong di perairan Pantai Timur 'syurga' buat kaki pancing
Susun atur ruang legar M Resort & Hotel Kuala Lumpur.
Melangkah sahaja ke M Resort & Hotel Kuala Lumpur, anda bakal menikmati vibe yang luar biasa dengan senyuman yang tidak pernah lekang dari kakitangan hotel.
Kawasan pendaftaran masuk atau check in juga luas sambil menyediakan beberapa buah kerusi untuk ahli keluarga tetamu lain menunggu sebelum menerima kunci bilik.
Salah satu penginapan di bilik suite.
Menawarkan 385 buah bilik dengan rekaan susun atur yang praktikal, M Resort & Hotel Kuala Lumpur bagaikan berada di luar kota dan memberi pengalaman indah buat para tetamunya.
Paling penting, M Resort & Hotel Kuala Lumpur dilengkapi dengan Wi-Fi berkelajuan tinggi, bar mini, televisyen LED, pengering rambut, kelengkapan mandian, peti keselamatan dalam bilik dan banyak lagi.
Suasana berlatar belakangkan padang golf.
Daya penarik yang pasti memukau tetamu adalah penginapan di bilik suite yang berlatarbelakangkan pemandangan padang golf dan ibu kota yang pasti menjadi pilihan terbaik kepada tetamu yang pertama kali berkunjung ke sini.
Bagi yang hadir bersama anak-anak, disediakan kawasan khas permainan kanak-kanak Kids' Club yang menyediakan ruangan hiburan buat kanak-kanak dengan aktiviti seperti mewarna, melukis dan banyak lagi.
Selain itu, tersedia juga gimnasium dengan pemandangan kolam renang menjadikan ruang senaman lebih eksklusif.
Ikuti video lanjut suasana M Resort & Hotel Kuala Lumpur dalam segmen Nomad di Majoriti. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram