
TERLETAK di tengah-tengah Sunway City, Sunway Sanctuary terus mengukuhkan kedudukannya sebagai kediaman komuniti warga emas mewah yang menawarkan gaya hidup aktif, penjagaan kesihatan menyeluruh dan hospitaliti bertaraf dunia.
Menawarkan lebih 235 unit kediaman, fasiliti itu menyediakan pelbagai kemudahan dan program holistik yang dirangka khusus untuk memenuhi keperluan fizikal, mental dan emosi warga emas.
Sejak mula beroperasi, kadar penginapan meningkat daripada 30 peratus kepada 50 peratus yang menjadi bukti kepercayaan terus meningkat terhadap perkhidmatan ditawarkan.
BACA LAGI: Ramai tak tahu, cara 'scroll', pegang telefon pintar dedah sisi tersembunyi personaliti anda
Menurut Leonard Sunway Sanctuary membolehkan penghuni membuat pemeriksaan rutin harian tanpa perlu keluar dari premis.
Pengurus Besar Sunway Sanctuary, Leonard Theng berkata, komitmen utama mereka adalah memastikan warga emas menikmati kehidupan yang bermakna dan bermaruah.
“Kami tidak sekadar menyediakan tempat tinggal. Kami membina satu komuniti yang hidup, penuh kasih sayang dan bertenaga dengan menitikberatkan keikhlasan dalam setiap layanan yang diberikan,” katanya kepada Majoriti.
Pelbagai aktiviti harian ditawarkan seperti senaman pagi, kelas seni, sesi Mahjong dan lawatan santai ke Sunway Lagoon.
Aktiviti itu direka bentuk untuk memastikan penghuni kekal aktif secara fizikal dan sosial.
“Aktiviti seperti senaman pagi dan kelas seni sangat digemari. Kami juga melihat peningkatan minat terhadap Mahjong dan aktiviti luar. Ini bukan sahaja menceriakan, malah membantu mereka kekal berhubung dan bersemangat,” kata Leonard.
Antara aktiviti dilakukan para penghuni di Sunway Sanctuary.
Tumpuan utama Sunway Sanctuary adalah pada kesejahteraan menyeluruh.
Wellness Centre yang baru dibuka dilengkapi peralatan canggih seperti mesin latihan HUR yang berfungsi untuk melatih kekuatan dan mobiliti yang selamat.
Rawatan fisioterapi lain termasuk terapi panas atau sejuk, mesin Tens, ultra bunyi dan bar sejajar untuk latihan berjalan.
Sistem analisis InBody turut disediakan bagi mengesan kehilangan jisim otot (sarcopenia).
Bagi penjagaan kesihatan harian, kediaman itu juga bekerjasama dengan Sunway Home Healthcare untuk menempatkan doktor sepenuh masa bagi membolehkan penghuni mendapatkan perundingan perubatan dan pemeriksaan rutin tanpa perlu keluar dari premis.
Kediaman Premium Suite yang ditawarkan di Sunway Sanctuary.
Dua pakej penjagaan diperkenalkan bagi memenuhi keperluan individu:
- Post-Cardiac Recovery Package untuk pemulihan selepas pembedahan jantung.
- Advanced Assisted Care Package yang merangkumi penjagaan kejururawatan pelbagai peringkat dengan kemudahan tambahan dan perhatian satu-satu secara peribadi.
Untuk tetamu antarabangsa, Sunway Sanctuary turut menawarkan pakej penginapan bersama pemeriksaan kesihatan melalui kerjasama dengan Sunway Medical Centre.
Menambah keselesaan penghuni, Sunway Sanctuary memperkenalkan Signature Floor iaitu satu ruang kediaman eksklusif dengan katil elektrik boleh laras, meja atas katil ergonomik dan sistem pemantauan vital dalam bilik.
Semua itu direka untuk memberikan keselesaan optimum dan privasi penuh kepada penghuni.
Sunway Sanctuary menganjurkan sesi eksklusif dan pengalaman bermalam di fasiliti tersebut bersama kumpulan media.
Untuk rekod, Sunway Sanctuary terus meraih pengiktirafan peringkat Asia apabila berjaya memenangi Facility of the Year Active Ageing selama dua tahun berturut-turut dan Operator of the Year for Senior Living.
Ia turut tersenarai pendek dalam tiga kategori lain di 13th Eldercare Innovation Awards 2025 di Singapura.
Bersempena ulang tahun ke-2, Sunway Sanctuary menganjurkan sesi eksklusif bersama media termasuk pengalaman bermalam di fasiliti tersebut selama dua hari satu malam.
Pengalaman itu memberi peluang kepada tetamu untuk merasai sendiri kehidupan warga emas moden yang disediakan dengan selesa.
“Cabaran terbesar kami bukan dari segi sumber atau operasi, tetapi bagaimana untuk terus belajar dan menambah baik perkhidmatan setiap hari.
"Dengan sokongan Sunway Healthcare Group, kami yakin mampu memberikan yang terbaik,” kata Leonard. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter , Facebook , Instagram , WhatsApp Channel dan Telegram