Adrenalin Menara Alor Setar tawar uji daya anderlin


  • Nomad
  • Jumaat, 20 Jun 2025

Menerusi hantaran video Pempengaruh Jelajah, Shah Evanddy, 34, berkata dia tidak menyangka terdapat aktiviti ekstrem ketika berkunjung ke Kedah.

JIKA anda merasakan Kedah hanya mempunyai sawah padi untuk dilawati, anda silap!

Di Alor Setar, terdapat tiga aktiviti yang wajib anda cuba iaitu Hanging Sky Snapsky, Water Rafting Sungai Sedim dan Sky Bike Bukit Jerai.

Menerusi hantaran video Pempengaruh Jelajah, Shah Evanddy, 34, berkata dia tidak menyangka terdapat aktiviti ekstrem ketika berkunjung ke Kedah.

Menepati tujuan asal untuk ke Kedah, Shah menyangkakan kehadirannya di negeri jelapang padi itu sekadar merakamkan video sawah padi terbentang sebagai konten di platform miliknya.

BACA LAGI: [VIDEO] Pameran rumah dengan dekorasi perabot gaya minimalis

BACA LAGI: [VIDEO] Musim candat sotong di perairan Pantai Timur 'syurga' buat kaki pancing

 

ALOR SETAR, 13 Ogos -- Graduan Perancang Bandar Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Zulhusni Aminudin,25 melakukan aktiviti lasak 'Dropzone' sambil memakai jubah konvokesyen pada ketinggian 105 Meter selepas perasmian Dropzon & Snap-Sky di Menara Alor Setar hari ini.

Menara Alor Setar hari ini telah memperkenalkan satu tarikan baharu iaitu ‘Dropzone & Snap-Sky’ yang dijangka bakal menarik lebih ramai peminat sukan ekstrem dari seluruh negara.

Ketua Pegawai Eksekutif Menara Kuala Lumpur Sdn Bhd Ainol Shaharina Sahar berkata sejak ia mula beroperasi April lalu, ia mendapat sambutan menggalakkan terutamanya para peminat sukan ekstrem yang ingin mencabar keberanian serta adrenalina diri masing-masing.
--fotoBERNAMA (2022) HAK CIPTA TERPELIHARA
Pamandangan dari atas Menara Alor Setar, Kedah.

“Memang terkejut bila saya sertai Jelajah Suai Kenal (Fam Trip) di Kedah bersama kawan-kawan, ada game yang macam ini. Memang ghairah kami semua nak buat tiga benda itu.

“Yang paling tak terfikir, jalan-jalan dan ‘gantung’ diri dekat atas Menara Alor Setar, fuh memang seronok. Gayat itu perkara biasalah,” katanya ketika dihubungi Majoriti sambil ketawa.

Hanging Sky Snapsky yang dikendalikan oleh organisasi dipanggil Drop Zon Malaysia menawarkan pengunjung untuk berjalan di sekeliling menara Alor Setar.

Pengalaman yang sangat unik apabila anda berjalan dan tergantung di tingkat atas banggunan ikonik negeri tersebut.

“Pengalaman berada di ketinggian 165.5 meter itu membuka mata saya melihat pemandangan kawasan bandar tersebut dan disyorkan untuk melakukan aktiviti tersebut pada waktu malam, memang cantik!,” ujarnya.

Selain itu, terdapat juga sukan ekstrem water rafting di Sungai Sedim. Sepanjang pengalaman bermain dengan aktiviti tersebut, Shah merasakan water rafting di sungai berkenaan adalah yang paling mencabar.

“Memang terbalik saja, air deras dan batu besar-besar. Sejujurnya, water rafting inilah yang paling ekstrem pernah saya rasa seumur hidup. Semua rakyat Malaysia kena cuba!,” cadangnya.

Water rafting di Sungai Sedim sungguh mencabar.

Begitu juga dengan Sky Bike Bukit Jerai, Shah tidak menyangka terdapat aktiviti tersebut wujud apabila melihat jadual perjalanan mereka yang akan ke Gunung Jerai.

“Masa itu, kami semua ingat pergi kedai tu untuk mendaki, tapi dekat atas itu ada banyak benda boleh buat termasuk ada ladang strawberry.

“Bila buat video dekat atas masa itu dan muat naik dengan media sosial, ramai yang cakap ‘eh dekat atas Gunung Jerai ke ni?’. Masalahnya, ada kawan saya orang Kedah pun tak tahu rupanya ada tempat menarik dekat atas itu,” jelasnya.

Shah amat mengesyorkan kepada mereka yang datang Kedah untuk terokai seluas mungkin negeri tersebut untuk alami pengalaman yang menarik sambil melakukan aktiviti yang ada di sana. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram