[VIDEO] Si kecil sukar berak? Doktor kongsi tip urutan dengan gerakan 20 kali bantu redakan sembelit, buang angin


  • Sihat
  • Khamis, 17 Apr 2025

Urutan itu dikatakan berkesan membantu melegakan masalah sembelit, angin dan ketidakselesaan perut bayi.

BAYI boleh mengalami kesukaran membuang air besar atau sembelit atas beberapa faktor yang biasa berlaku.

Keadaan itu juga bergantung pada usia, pemakanan dan keadaan kesihatan mereka.

Buat ibu bapa yang buntu dan risau apabila anak kecil mengalami masalah sembelit, seorang pengamal perubatan dikenali sebagai Dr. Tan daripada Hospital Lam Wah Ee, Pulau Pinang tampil berkongsi beberapa tip berguna untuk membantu si kecil membuang air besar.

BACA LAGI: Risau anak alami sembelit, 2 jenis minyak ini antara cara atasinya

BACA LAGI: Ketahui mengapa kita tidak dapat mengingati apa yang berlaku sewaktu bayi

 

 

Dalam satu sesi demonstrasi yang dimuat naik di laman Instagram leviera_confinement_care, Dr. Tan menunjukkan teknik urutan mudah yang boleh dilakukan di rumah untuk merangsang sistem penghadaman bayi.

Urutan itu dikatakan berkesan membantu melegakan masalah sembelit, angin dan ketidakselesaan perut bayi.

Menerusi rakaman tersebut, Dr. Tan memulakan demonstrasi dengan menyapu losen pada kaki bayi bagi memastikan urutan berjalan lancar tanpa menyebabkan iritasi pada kulit bayi yang sensitif.

Seterusnya, beliau menunjukkan urutan pada tapak dan jari kaki bayi dengan setiap jari diurut sebanyak 20 kali.

“Kita urut jari sebanyak 20 kali untuk bantu bayi senang telan (makanan) dan senang berak,” jelas Dr. Tan sambil menunjukkan gerakan urutan perlahan.

Jelas Dr. Tan lagi, selain kaki, bahagian muka bayi juga boleh diberi urutan secara ringan.

“Untuk muka, kita urut mulut bayi, (usap ke) bawah dan ke atas (beberapa kali),” katanya sambil menunjukkan gerakan mengusap lembut.

Sementara dada bayi pula diurut dengan gerakan menekan secara ringan.

Bahagian terakhir adalah perut bayi, yang mana Dr. Tan mengesyorkan urutan sebanyak 20 kali secara membulat.

“Kita urut perut dia 20 kali bawa ke bawah, supaya angin senang keluar,” terangnya.

Diharapkan demonstrasi Dr. Tan dapat menjadi panduan berguna buat ibu bapa yang ingin mengelakkan ketidakselesaan anak mereka akibat masalah pencernaan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram