[VIDEO] 'Sejuk perut ibu mengandung', warganet puji anak kecil bijak berselawat, sifatkan ibu bapa lain wajar contohi


  • Relaks
  • Isnin, 14 Apr 2025

Ahmad bijak mengalunkan bacaan selawat dengan intonasi yang memukau.

SEORANG kanak-kanak lelaki, Ahmad Muaiyyad Azzibair mencuri perhatian warga maya selepas videonya berselawat dengan suara merdu dan sebutan jelas tular di media sosial.

Menerusi satu hantaran di TikTok, Ahmad dilihat duduk di sisi dua wanita dipercayai ibu dan neneknya sambil mengalunkan selawat dengan penuh penghayatan.

Suaranya yang mendayu disusuli intonasi bacaan jelas menyentuh hati ribuan penonton video berkenaan.

BACA LAGI: Ketahui mengapa kita tidak dapat mengingati apa yang berlaku sewaktu bayi

BACA LAGI: Periksa tahap gula dalam darah jika anak anda ada 4 tanda ini termasuk obesiti

@the.ahmad260 BerSolawat bersama Datu Angah Bini. #solualanabi #pencintarasulullah #rindumadinah #godam #fyppppppppppppppppppppppp #fyp #foryoupage #bruneitiktok #fypindonesiaシ #indonesia #fypmalaysia #singaporetiktok #darbuka #fypシ゚ #tiktokbrunei #solawat original sound - Medina Ahmad

Rata-rata pengguna memuji cara didikan diterapkan keluarganya dan menyifatkan ia sebagai contoh terbaik dalam membentuk sahsiah anak-anak pada zaman moden ini.

“Sejuk perut ibu yang melahirkanmu, dik. Alhamdulillah,” tulis seorang pengguna, Juriah Bujang.

“Masya-ALLAH... Sedap betul suara adik ni,” komen pengguna bernama nikYana92.

Pengguna lain, WATTY C Da turut meluahkan rasa sebak mendengar alunan selawat itu.

“Sedapnya suara, nada tinggi, sebutan jelas dan merdu sungguh... Tak sedar air mata saya mengalir mendengar selawat adik ini. Tahniah kepada nenda dan bonda yang berjaya mendidik dengan penuh kasih sayang.”

Di sebalik pujian, ramai turut melihat sosok Ahmad sebagai peringatan kepada masyarakat bahawa dalam dunia digital yang penuh cabaran, pendekatan ke arah membina jati diri anak-anak perlu diberi keutamaan.

Lebih-lebih lagi apabila situasi kanak-kanak masa kini dilihat semakin terpengaruh dengan media sosial dan cenderung mengikuti trend semasa seperti TikTok, sehingga ada yang terleka dan mengabaikan didikan membawa ke jalan positif.

Pengguna bernama Nekmahhabibomar beranggapan bahawa mendidik anak dengan selawat adalah sesuatu didikan yang patut dicontohi ibu bapa di luar sana.

“Beginilah sepatutnya anak-anak dididik… mengamalkan selawat, membaca al-Quran, mengenali Rasulullah. Semoga Ahmad menjadi ulama suatu hari nanti.”

CikRas pula berharap kanak-kanak itu menjadi pemimpin kepada saudara-saudara Islam suatu hari nanti.

"Kamu adalah pelapis kami yang makin tua. Moga kamu sentiasa dalam lindungan ALLAH.”

Dalam pada itu, pengguna Hasan bin Ahmad pula menganggap kanak-kanak berkenaan sudah memperoleh bimbingan terbaik daripada ibu dan ayahnya.

“Alhamdulillah, bimbingan terbaik daripada ummi dan abi. Semoga Ahmad terus menjadi anak yang membanggakan dunia dan akhirat," tulisnya.

Sementara itu, seorang pemilik akaun, ES KAY berkongsi kisah menyentuh hati tentang anak lelaki sepupunya, Uwais, yang meninggal dunia dalam kemalangan sembilan tahun lalu.

Beliau menceritakan bagaimana Uwais yang masih kecil ketika itu sudah dipupuk kecintaan kepada Rasulullah, mengenali keturunan Baginda, para sahabat dan membaca buku-buku sirah setiap hari.

Kisah menjadi lebih mengharukan apabila ibunya yang meninggal baru-baru ini dikebumikan bersebelahan anaknya dan dikatakan keadaan sekitar Uwais masih utuh seperti baharu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram