Ketahui mengapa kita tidak dapat mengingati apa yang berlaku sewaktu bayi


  • Sihat
  • Ahad, 13 Apr 2025

Terdapat beberapa sebab seseorang tidak mampu mengingati memori mereka ketika masih bayi.

RAMAI antara kita hanya mula mengingati pengalaman hidup sekitar usia tiga hingga empat tahun, manakala tempoh sebelumnya seakan-akan lenyap dari ingatan.

Namun, hilang ingatan pada peringkat awal kehidupan bukan disebabkan kita sengaja menolak kenangan sewaktu masih bayi yang hanya mampu menangis dan memakai lampin. 

Sebaliknya, ia berpunca daripada satu fenomena yang dikenali sebagai ‘infantile amnesia’ atau amnesia bayi.

BACA LAGI: [VIDEO] Hanya modal RM150, ibu 3 anak tunjuk skil DIY buat 'wall skirting'

BACA LAGI: 'Tidur cukup, makan okey tetapi tak bermaya', ramai wanita di Malaysia rupanya kurang terdedah cahaya matahari

Fenomena itu menjadi tumpuan sekumpulan penyelidik psikologi dari Universiti Yale, Amerika Syarikat, yang berjaya menemui bukti bahawa bayi sebenarnya mampu membentuk memori walaupun pada peringkat awal kehidupan.

Profesor Psikologi Yale, Dr Nick Turk-Browne berkata, 'memori episodik' iaitu keupayaan untuk mengingati dan menceritakan semula sesuatu pengalaman kepada orang lain yang biasanya tidak wujud dalam kalangan bayi kerana mereka masih belum memiliki kemahiran berbahasa. 

Kajian yang diterbitkan dalam jurnal Science itu dijalankan dengan menunjukkan pelbagai foto kepada bayi.

Hasil pemerhatian mendapati bahawa aktiviti dalam bahagian hipokampus otak yang berperanan dalam pembentukan memori meningkat apabila bayi melihat gambar-gambar yang belum pernah mereka lihat sebelum ini.

"Peningkatan aktiviti hipokampus semasa melihat foto baharu dikaitkan dengan tingkah laku memori pada usia sekitar setahun.

"Ini menunjukkan keupayaan untuk menyimpan memori individu telah bermula sejak bayi," menurut kenyataan penyelidik.

Penemuan itu menolak anggapan lama bahawa hipokampus hanya berkembang sepenuhnya pada usia remaja dan membawa perspektif baharu bahawa otak bayi telahpun bersedia untuk mencipta memori seawal usia setahun.

Dalam ulasan berasingan yang turut disiarkan dalam jurnal yang sama, dua penyelidik dari Hospital for Sick Children di Toronto, Kanada, Dr Paul Frankland dan pelajar PhD, Adam Ramsaran menyifatkan memori bayi sebagai 'memori yang bersifat sekejap', — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram