Diana Danielle dedah pernah dikatakan anak angkat, sehingga hari ini tak boleh lupa


  • Hiburan
  • Isnin, 14 Apr 2025

Lagu terbaharu Diana yang bakal dilancar tersebut memberi gambaran sebuah perhubungan yang penuh dengan penipuan.

SELEPAS kali terakhir muncul dengan lagu Bersama Dengan Rindu pada 2023, Diana Danielle, dikatakan bakal melancarkan karya baharu.

Ia berikutan selepas beliau memuat naik satu hantaran teaser lagu di akaun Instagramnya pada Jumaat.

Dalam hantaran tersebut ibu kepada dua cahaya mata itu berkongsi mengatakan pernah dilabel 'anak angkat' oleh bekas kekasihnya.

BACA LAGI: Ketahui mengapa kita tidak dapat mengingati apa yang berlaku sewaktu bayi

BACA LAGI: Menopaus, dimensia, wanita seawal usia 49 tahun antara kumpulan berisiko tinggi

Beliau turut bertanya kepada para pengikut pengalaman berdepan dengan kata-kata bekas pasangan yang sukar mereka lupakan sehingga kini.

"Apa benda yang bekas ex (pasangan) pernah cakap sehingga kamu takkan boleh lupa? Bekas kekasih saya pernah cakap bahawa ibu saya bukanlah ibu kandung dan saya sebenarnya anak angkat," tulisnya secara santai.

Hantaran tersebut turut disertakan dengan beberapa keping foto daripada sebahagian teaser lagu terbaharunya yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.

Walaupun dimuat naik sebagai promosi lagu dan belum cukup 24 jam hantaran itu dibuat, namun warga maya pantas membanjiri ruangan komen dengan berkongsi pengalaman masing-masing yang lebih 'pedas'.

Antara yang paling banyak menerima tanda suka ialah bekas isteri kepada pelakon, Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada Mat Shukri.

"Tiada duit dan tiada orang akan nak sebab gemuk dan hodoh," ujarnya dengan disertakan emoji ketawa.

"Awak tidak bermakna untuk saya sejak awal lagi" kongsi @niziee

Lebih perit, ada yang sanggup menyentuh kehilangan insan tersayang. Komen tersebut juga mendapat perhatian daripada Diana yang menyifatkan tindakan berkenaan sebagai tidak berhati perut dan kurang ajar.

"Dia pernah kata pada saya, awak kan tiada ayah. Tetapi tidak mengapa, giliran dia akan tiba suatu hari nanti," kata @munirahnordin.

Hantaran Diana bagaimanapun tidak menyatakan secara langsung kepada siapa kenyataan itu ditujukan.

Terdahulu, Diana disahkan bercerai talak satu dengan pelakon, Farid Kamil pada 24 Mac lalu.

Perceraian itu merupakan kali kedua selepas kali pertama pada 10 Ogos 2023. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram