Risau anak alami sembelit, 2 jenis minyak ini antara cara atasinya


  • Sihat
  • Khamis, 04 Ogos 2022

Sembelit di kalangan kanak- kanak dan bayi ini sememangnya biasa berlaku dan boleh disebatkan pelbagai faktor. — Agensi

MASALAH sukar untuk membuang air besar atau sembelit dalam kalangan bayi atau kanak-kanak pastinya akan membuat ibu bapa panik.

Bayi selalunya akan menangis da resah atau tidak selesa ketika membuang besar.

Bagi kanak-kanak yang lebih besar pula mereka akan mengadu rasa sakit atau kelihatan meneran ketika sedang membuang air besar.

Dr Zubaidi merupakan pakar perubatan am.

Dr Zubaidi berkata masalah sembelit lebih jarang berlaku dalam kalangan bayi yang menyusu susu ibu kerana kandungan susu badan lebih mudah dihadam berbanding bayi mengambil susu formula.

Menurut Doktor Pengamal Perubatan Am, Dr. Zubaidi Ahmad, sembelit dalam kalangan kanak-kanak dan bayi sememangnya biasa berlaku.

"Contohnya bayi, kadang-kadang sembelit berlaku adalah disebabkan faktor susu formula.

"Masalah sembelit lebih jarang berlaku dalam kalangan bayi yang menyusu susu ibu kerana kandungan susu badan lebih mudah dihadam berbanding bayi mengambil susu formula.

"Selain itu susu formula juga boleh menyebabkan masalah yang lain, seperti cirit-birit. Oleh itu, ibu bapa perlu peka dengan keadaan bayi mereka.

"Selalunya bayi itu sendiri ketika membuang boleh lihat betapa tidak selesanya, termasuklah ketika meneran sehingga wajah menjadi kemerah-merahan," katanya kepada Majoriti.

Mengulas lanjut Dr. Zubaidi berkata, berbeza dengan bayi, kanak-kanak akan mula mengalami masalah sembelit bila mereka sudah mula makan solid food (makanan pejal).

"Tidak cukup minum air pun boleh menjadi punca utama untuk membuang air besar.

"Bila tidak cukup minum air, badan kita akan menyerap semula air daripada najis sekali gus menjadikan najis itu lebih keras.

"Biasanya, najis yang keluar keadaannya kering seperti berketul-ketul atau menyerupai tekstur najis kambing," jelasnya.

Katanya, terdapat banyak faktor lain yang menyumbang kepada masalah sembelit antaranya perubahan diet mengikut umur, makanan dan juga terlalu awal dilatih untuk ke tandas.

Bagi ibu bapa yang ingin merawat anak-anak sembelit di rumah, Zubaidi telah mencadangkan 3 cara mudah.

1. Rawat sembelit dengan minyak kelapa dara dan minyak zaitun

minyak kelapa dara agensi

Ibu boleh mencampurkan satu sudu kecil minyak kelapa dara ke dalam botol susu sekiranya anak mereka mengalami masalah sembelit. — Agensi

Cara terbaik untuk mengubati masalah sembelit di rumah adalah menggunakan minyak kelapa dara atau minyak zaitun. Ia lebih natural berbanding dengan minyak Paraffin yang selalunya diberikan di klinik.

Seperti yang kita tahu ibu bapa sekarang lebih suka menggunakan bahan organik, jadi dua bahan ini memang sesuai dan mudah disimpan di rumah.

Boleh campur ke dalam satu sudu kecil minyak tersebut ke dalam botol susu.

2. Pengambilan serat

buah-buahan

Pengambilan buah-buahan dapat menggalakkan kanak-kanak untuk membuang air besar. — Agensi

Pengambilan fiber atau serat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran dapat menggalakkan pergerakan usus sekali gus memudahkan kanak-kanak tersebut untuk membuang air besar.

Ibu bapa harus menggalakkan kanak-kanak mengambil lebih banyak buah dan sayur serta minum air secukupnya kerana ia membantu melembutkan najis.

Bagaimanapun berhati-hati memberi terlalu banyak produk tenusu sekiranya anak anda alah kerana ia juga boleh menyebabkan sembelit.

People Wear Organic is a company that sells certified baby and children’s clothing made from organic cotton. — People Wear Organic/Instagram

Galakkan anak menggunakan tandas apabila dia sudah bersedia, bukannya memaksa ke tandas walaupun anak belum sakit perut. — Agensi

3. Galakkan anak menggunakan tandas

Kanak-kanak seharusnya digalakkan menggunakan tandas seawal usia mereka boleh berjalan.

Galakkan anak menggunakan tandas apabila dia sudah bersedia, bukannya memaksa ke tandas walaupun anak belum sakit perut.

Pastikan anak selesa menggunakan tandas biarpun apabila berada di luar rumah.

Kemungkinan besar atas faktor pelajar yang ramai di taska atau pusat penjagaan kanak-kanak, selalunya pengasuh tidak ada masa untuk memantau atau melatih anak-anak ini.

Jadi mungkin di hujung minggu adalah masa yang sesuai untuk ibu bapa melatih mereka.

Namun begitu, harus diingatkan bahawa, bayi dan kanak-kanak kecil selalunya tidak boleh menerangkan apa yang mereka rasa.

Oleh itu, tidak kira apa pun simptom yang dialami oleh mereka, ibu bapa harus segera mendapatkan rawatan yang sepatutnya sekira masalah sembelit ini berlanjutan selama tiga hari. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram