
SIAPA sangka pelakon dan penyanyi popular berwajah ceria, Amy Mastura dahulu pernah terlibat dalam lakonan sebuah filem dari Jepun berjudul: The Files of Young Kindaichi: Prison School Murder Mystery.
Hal itu tular di Tiktok apabila sebuah plot cerita tersebut dikongsikan oleh pengguna akuan thisis_mus99 menyaksikan penggambaran tersebut dibuat di depan pusat beli-belah Suria KLCC.
Perkara itu berjaya mencuri perhatian dan mengejutkan penonton menerusi ruangan komen di Tik Tok tersebut.
BACA LAGI: [VIDEO] Gen Z sanggup berhabis untuk 'travel' berbanding membeli barangan mewah
Amy Mastura.
“Eh kenapa aku tak tahu cerita ini sebab aku jenis follow semua cerita kindaichi. Aersi ada Wu chun dengan Amy Mastura, kenapa aku tak tau,” kata seorang warga netizen.
“Kenapa tak tahu cerita ini wujud? hahah random sangat ada Amy Mastura dah la Wuchun tu crush aku dulu,” komen seorang lagi.
Takap layar komen dari warganet.
Tambah menarik, ada juga yang mengatakan pelakon tersebut berasal dari Indonesia.
“Amy Mastura artis Indonesia mendunia,” kata pengguna akaun yang menggunakan nama @keningtajam.
Takap layar yang mengatakan Amy MAsturan artis dari indonesia.
“Excuse me, Amy Mastura dari Malaysia dan dia lahir di negeri Perak okey,” balas pantas seorang peminat di komen tersebut.
Amy Mastura mula menempa nama dalam industri hiburan selepas memenangi pertandingan Asia Bagus pada 1993. Kemudian, pada 1996, beliau membintangi filem pertamanya, Impian arahan A.R. Sulaiman.
Beliau kemudiannya membintangi pelbagai filem seperti Tragedi Oktober (1996), Puteri Impian (1997), Puteri Impian 2 (1998), K.L.U (1999), Senario Lagi (2001), Trauma (2004) dan banyak lagi. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram