[VIDEO] 'Relaks la game friendly je pun, kau dah kenapa?' — Khalid Jamlus 'sound' pengadil lepas layangan kad merah


  • Podium
  • Isnin, 14 Apr 2025

Ikuti video lanjut dunia bola sepak Khalid Jamlus dalam segmen Duduk Sembang dengan pelbagai lagi perkongsian daripada lagenda bola sepak.

SEGALA-GALANYA bermula pada 1996 semasa dengan pasukan Perak FC, Khalid Jamlus merupakan nama yang tidak asing lagi dalam dunia bola sepak.

Sebagai bekas pemain kebangsaan, Khalid menekankan setiap pemain perlu memiliki impian untuk memperbesarkan kerjaya tersebut ke arah yang lebih besar dan lama namun penilaian prestasi adalah jurulatih.

“Kita sebagai player mestilah nak pergi lebih jauh dalam dunia bola sepak, tapi yang menilai ialah jurulatih atau orang sekeliling yang melihat, bukan ‘oh aku rasa aku bagus dan hebat’, oh tidak.

BACA LAGI: Elak bungkus makanan dengan plastik, kempen BYOT galak masyarakat hidupkan kembali amalan penggunaan mangkuk tingkat

BACA LAGI: Bukan ibu saja bergaya, anak-anak selebriti pun sama melaram, bertukar-tukar baju raya

"Sebab nak letakkan diri dalam skuad kebangsaan ini bukan mudah,” katanya kepada Majoriti.

Dalam bual bicara tersebut, Khalid berkongsi waktu puncak dalam dunia bola sepak yang bermula dengan sahabat sepasukannya, V.Saravanan selepas pulang daripada sesi kelayakan Sukan Olimpik dan menceritakan realiti dalam pasukan kebangsaan.

“Saya ceritakan sedikit dahulu, sebenarnya tak semua pemain yang bermain dalam skuad kebangsaan umur 21 bawah 23 ini akan kekal. Sesetengah daripada mereka ‘lost’. Jadi macam saya,  nasib saja menyebelahi saya," ujarnya.

Menariknya Khalid turut berkongsi bagaimana geseran atau kenangan panasnya bersama beberapa pasukan dan jurulatih semasa beliau menjadi pemain bola sepak.

 

“Masa friendly game dia (pengadil bagi saya kad merah, jadi tak apa lah. Tapi bila habis game dia (pengadil) cakap, ‘Lid( Khalid) aku boleh laporkan tau kepada pihak atasan.

“Saya pun balaslah, relaks la. Game friendly je pun, kau dah kenapa? Kau nak rosakkan periuk nasi aku ke?” jelasnya dalam nada bersahaja.

Ikuti video lanjut, gelagat dan gelak tawa dunia bola sepak Khalid Jamlus dalam segmen Duduk Sembang dengan pelbagai lagi perkongsian daripada lagenda bola sepak negara tersebut. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, Instagram dan Telegram