
HIASAN jubin bercorak tumbuh-tumbuhan, bunga-bungaan, burung dan geometri di tangga rumah tradisional Melaka menjadi simbolik kekayaan dan kebanggaan rumah warisan tradisional negeri Hang Tuah itu.
Tangga batu yang dibina bersama corak-corak tersebut ditambah dengan warna menyerlah seperti merah, biru dan jingga memperlihatkan betapa indahnya seni bina yang menyerikan pemandangan di depan rumah Melayu Melaka.
Bagi masyarakat setempat, mereka percaya elemen tangga batu tersebut dipengaruhi oleh budaya Belanda dan Portugis yang pernah menjajah Melaka.
BACA LAGI: [VIDEO] ‘No risk no fun’, hobi ekstrem Hanif 'menurun' ke anak, takluk gunung Surabay
BACA LAGI: Mahu rasai keunikan beraya di Taiwan? Berikut tempat menarik yang perlu dilawati
Tangga batu rumah Melaka juga melambangkan status penghuninya suatu masa dahulu. — JMG Malaysia
Pengaruh Portugis misalnya dapat dilihat pada motif hiasan jubin di setiap anak tangga yang pada masa sama dipercayai menunjukkan status pemilik rumah.
Selain menjadi identiti rumah Melayu Melaka, motif bunga pada jubin tangga batu juga memberi aura seakan-akan menyambut kedatangan tetamu.
Kini, jika anda ke Melaka, banyak kediaman telah diubah suai dengan sentuhan moden apabila menggabungkan struktur binaan kayu sebagai pasak dan batu sebagai pelengkap kediaman.
Saksikan video rumah tradisional Melaka yang dirakamkan di sekitar kawasan Duyong, Melaka yang masih mengekalkan rupa serta wajah rumah berkenaan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram