[VIDEO] Gen Z sanggup berhabis untuk 'travel' berbanding membeli barangan mewah


  • Hobi
  • Khamis, 23 Jan 2025

Gen Z lebih gemar menghabiskan wang untuk melancong berbanding membeli barangan mewah.

DI zaman serba moden yang sering kali menjadikan kemewahan material sebagai simbol status, golongan muda terutama Gen Z tampil dengan pilihan yang berbeza.

Bagi mereka, kemewahan bukan lagi terletak pada beg tangan berjenama atau pakaian mahal, tetapi pada pengalaman yang dapat mencipta kenangan indah.

Kata-kata popular dalam kalangan warganet seperti 'collect memories, not things' menggambarkan betapa pentingnya pengalaman berharga berbanding material.

BACA LAGI: Norehan 'tak kosong', kaki motor pernah kena paksa buka tudung, kongsi perlu arif jalan sebelum 'ride' di negara orang

BACA LAGI: Individu pertama lukis mural Sultan Pahang sampai diperkenan, Suhaimi Ali pernah 'terbang' hasilkan mural sampai ke di Indonesia

6093809040082715280

Tyra Lee lebih gemar melancong berbanding membeli barangan mewah.

Kajian terkini oleh American Express Travel mendedahkan bahawa 84 peratus Gen Z lebih memilih untuk menghabiskan wang mereka pada percutian berbanding membeli barangan mewah.

Tinjauan yang melibatkan pelancong dari pelbagai negara seperti India, Jepun dan United Kingdom turut menunjukkan bahawa 79 peratus daripada golongan muda berpendapat percutian adalah satu keperluan, manakala membeli barangan berjenama bukanlah sesuatu yang penting.

Keputusan itu tidak terlepas dari kesedaran yang semakin meningkat tentang pentingnya kesejahteraan mental.

Menurut kajian tersebut, sebanyak 73 peratus golongan muda merancang untuk bercuti bagi menjaga kesihatan mental, selain daripada sekadar bersantai.

Bagi mereka, percutian bukan hanya sebagai aktiviti rekreasi tetapi juga satu bentuk pemulihan daripada tekanan hidup yang semakin berat.

Fenomena itu turut berlaku di rantau Asia-Pasifik iaitu golongan muda lebih cenderung untuk melabur dalam pengalaman percutian daripada membeli barangan mewah.

Walaupun tidak semuanya memiliki pendapatan tinggi atau harta kekayaan yang besar, mereka tetap sanggup mengeluarkan wang untuk mencipta kenangan yang lebih bernilai.

Menurut Forbes, golongan muda di rantau ini lebih memilih untuk membeli pengalaman daripada barang-barang yang hanya memberi kepuasan sementara.

Trend itu juga disokong oleh pempengaruh media sosial yang lebih gemar berkongsi kisah perjalanan mereka daripada mempamerkan koleksi barangan berjenama.

WhatsApp Image 2025-01-23 at 20.52.42

Sheenayusrina (kiri) lebih gemar menghabiskan wang untuk meluangkan masa bersama keluarga tercinta.

Sebagai contoh, seorang pempengaruh, Shuba mengatakan dia lebih suka melabur dalam pengalaman percutian berbanding membeli barang mahal.

"Minimum saya keluarkan duit untuk barangan mewah adalah sekitar RM400 hingga RM500 sahaja. Saya minat beg tangan jenama Coach," katanya kepada Majoriti.

Tindakan itu disokong pempengaruh lain iaitu Tyra Lee yang menganggap kemewahan sebenar adalah apabila mereka dapat mengembara, mencipta kenangan yang akan mereka ingati sepanjang hayat.

"Saya lebih suka travel. Jarang membeli barangan branded. Tiada jenama beg tangan yang saya idamkan. Kalau ada RM10,000 mungkin beli beg tangan RM200 sahaja," katanya.

Pempengaruh lain seperti Sheenayusrina pula lebih berminat untuk menggunakan wang bagi urusan keluarga dan dirinya sendiri.

"Kalau barang jenama saya suka Louis Vuitton kerana nampak mahal," katanya.

Sarahamirudin juga menyokong lebih berminat dengan pelancong berbanding mengumpul barangan berjenama mewah.

"Kalau boleh dipilih barang mewah atau melancong saya pilih melancong. Kalau jenama mewah saya pilih Kate Spade," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram