[VIDEO] Hidangan Aidilfitri sungguh menyelerakan, tetapi perlu dikawal!


  • Relaks
  • Khamis, 10 Apr 2025

Bukan setakat makan berlebihan boleh memberi kesan kepada kesihatan, tetapi juga mengganggu suasana kebahagiaan yang kita raikan.

SEDIA maklum, pada Hari Raya Aidilfitri pelbagai juadah makanan dihidangkan seperti lemang, ketupat, rendang dan banyak lagi .

Maklumlah selepas sebulan berpuasa kita meraikan kemenangan tatkala tibanya Syawal. Satu daripadanya menikmati aneka juadah raya yang lazat.

Namun, perlu beringat pengambilan makanan perlu dikawal terutamanya mengandungi kalori, minyak, gula dan garam yang tinggi sehingga risiko menjejaskan kesihatan.

BACA LAGI: Individu pertama lukis mural Sultan Pahang sampai diperkenan, Suhaimi Ali pernah 'terbang' hasilkan mural sampai ke di Indonesia

BACA LAGI: Dari kelas belakang ke 'selempang pink' UiTM, kreativiti pasangan kembar pikat pengguna TikTok

Berpada-pada menikmati juadah bukan sahaja baik untuk kesejahteraan kondisi badan, malah mencipta keharmonian hari raya. Sekurang-kurangnya kita menjaga adab 'tinggalkan' makanan untuk orang belakang pula.

Ayuh, amalkan gaya hidup sihat dengan makan secara sederhana supaya Aidilfitri lebih bermakna dan bertenaga untuk semua! — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram

 

 

Aidilfitri, Hari Raya, ketupat, rendang, lemang, PSA