[VIDEO] Duit raya jadi pelaburan, 2 anak lelaki tak kisah belanja emas buat ibu


  • Relaks
  • Jumaat, 11 Apr 2025

Emas merupakan barang atau aset yang bernilai untuk disimpan dan digunakan semula pada masa depan.

Di musim Aidilfitri, warga maya tersentuh dengan sebuah perkongsian video di TikTok yang menyaksikan dua anak lelaki kepada seorang wanita dikenali sebagai Ijah Ahmad, menukar duit raya masing-masing untuk membelikan emas buat dirinya.

Video tersebut dimuat naik oleh wanita terbabit dengan memperlihatkan gelagat anak-anaknya memegang kepingan duit pelbagai not kertas dari RM1 hingga RM50 sambil memilih aksesori barangan kemas.

“Duit raya tukar kepada emas. Anak-anak kata nak pilih sendiri biar mama pakai. Di kemudian nanti tak mustahil jumlahnya boleh bertambah lima kali ganda.

BACA LAGI: Berdiri depan pintu rumah, tak singgah lama-lama, Fila kongsi budaya raya di Guinea, suami gemar sambal ikan goreng

BACA LAGI: Bukan ibu saja bergaya, anak-anak selebriti pun sama melaram, bertukar-tukar baju raya

Tangkap layar TikTok yang menyaksikan anak-anak Ijah membeli barangan kemas untuknya.

“Suka tuan kedai tengok gelagat mereka memilih tadi. Saya sangat bangga dengan kedua-dua anak lelaki saya,” kata Ijah menerusi kapsyen di akaun Tik tok tersebut.

Tindakan tersebut mendapat perhatian warga maya yang tersentuh dan memuji cara didikan daripada ibu bapa kedua-dua anak lelakinya tersebut.

“Bijak-bijak, ajar anak cara menabung yang bijak, suatu hari nanti kau akan terkenal dik,” ujar seorang pengikut di ruangan komen.

 

Tangkap layar di rungan komen Tik Tok.

“Apa yang saya nampak anak lelakinya ini sangat sayangkan mak dia. Dia beli emas untuk maknya pun atas anak itu sendiri punya niat keikhlasan.

"Silap-silap mak budak ini ganti dua kali ganda jenis emas atas,” komen BCL.

Emas merupakan barang atau aset bernilai yang boleh dijadikan simpanan dan digunakan semula pada masa depan. Semoga perkongsian tersebut mendapat manfaat. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram

 

 

 

Aidilfitri, emas, Tik Tok, Video, Tik Tok