
FENOMENA aneh melibatkan rasa sakit perut yang tiba-tiba setiap kali melangkah masuk ke dalam kedai serbaneka kini menjadi bualan dalam kalangan masyarakat.
Dengar macam pelik, tapi sebenarnya ia adalah situasi normal yang berlaku kepada ramai individu.
Tampil menjelaskan situasi tersebut, pakar perubatan, Dr Raihana Ismail memberitahu, fenomena berkenaan dikenali sebagai Mariko Aoki Phenomenon.
BACA LAGI: Awas! Kerap sakit perut boleh jadi simptom awal kanser bagi orang muda
BACA LAGI: Pakar kongsi tip elak sakit perut semasa puasa
Ujarnya, istilah itu berasal dari Jepun dan pertama kali disebut dalam sebuah majalah pada 1985 oleh seorang wanita bernama Mariko Aoki.
"Dia perasan setiap kali masuk kedai buku akan rasa nak buang air besar secara tiba-tiba. Lama-lama, ramai mengaku benda sama dan fenomena ini pun mula dikenali dengan nama dia," katanya menerusi satu rakaman yang dimuat naik di laman Instagram miliknya, drraihanaismail pada Rabu.
Dr. Raihana menjelaskan, situasi itu tidak hanya berlaku di kedai buku, sebalilknya turut dikaitkan dengan beberapa kedai serbaneka yang terdapat di Malaysia.
Beliau, bau spesifik seperti kertas, plastik dan barang murah di kedai berkenaan boleh mencetuskan reaksi dalam usus.
Dr. Raihana berkata, psikologi dan rutin otak turut memainkan peranan penting dalam fenomena tersebut.
"Kedai Eco dan Daiso banyak barang baharu. Bau ini akan mengaktifkan sistem saraf parasimpatetik yang mengawal pergerakan usus.
"Selain itu, suasana tenang, sunyi dan sejuk juga buat badan relaks, seterusnya mengaktifkan sistem penghadaman.
"Perut pun mula berbisik, sama macam kita duduk rumah tiada gangguan, tiba-tiba rasa nak ke tandas," katanya.
Beliau yang juga Pengasas Efferty International Sdn. Bhd., berkata, psikologi dan rutin otak turut memainkan peranan penting dalam fenomena tersebut.
"Kalau badan dah pernah terlatih rasa nak buang air besar dalam suasana kedai seperti itu, otak akan trigger secara automatik setiap kali jejak kaki ke dalam kedai-kedai seumpamanya, macam condition response," ujarnya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram